Thank You!!!

Tuesday, October 19, 2010

kau yang sebenar-benarnya yang pertama dan terakhir


Salam sejahtera aku tuturkan sebagai pembuka bicara kepada semua. Salam kebahagian khas aku titipkan kepadanya. Dalam keheningan malam ini, tetiba terbit rasa di dalam hati untuk menukilankan warkah kedua ini. Berkongsi rasa dan kasih dengan semua yang mengenali diri ini. Sedang diri ini mendengar lagu "Cinta Terakhir" dendangan Aiman, pintu hati diketuk dengan kesedaran yang memilukan. Liriknya menusuk kalbu dan setiap patah perkataan membawa maksud yang mendalam kepada diri ini. Benar sungguh kata-kata yang dimelodikan Aiman. "Mungkin kan terputus di tengah jalan, mungkin kan terlerai tanpa ikatan, usah ragu dengan takdir. Mungkin kita kan berbeza haluan, berakhirnya cerita percintaan segalanya ketentuan tuhan" Di kala cinta itu hilang, air mata mengalir membasahi pipi, menitiknya menyembah tanah dan basahnya membanjiri bumi.

Cinta pertama ini akan menjadi yang terakhir bagi diriku. Bukan aku mahu menambahkan kepiluan dan kesedihan dalam hati tetapi aku harus menerima hakikat bahawa tiada yang lain selain dirimu. Aku berubah saat aku mengenal dirimu. Dirimu banyak meyakinkan hati kecil ini untuk berusaha, untuk senantiasa cekal dan yakin pada kebolehan diri. Semenjak kau hadir dalam hidupku, segala keresahan hilang. Tiada sehari yang aku rasa resah jika kau ada. Kau yang bernama cinta, kau yang memberi rasa, kau juga yang ilhamkan bahagia sehingga aku yang terasa indah. Namun, seindah mana bahagia yang kau ilhamkan, aku sedar, hatimu tidak pernah pada diriku. Bibit cinta tidak akan terbit dan hati kita tidak mungkin bertaut. Aku seharusnya mencintai dirimu sebagai seorang rakan, merindui dirimu sebagai seorang rakan dan akhir sekali memiliki dirimu juga sebagai seorang sahabat. Sememangnya itu yang engkau mahu. Semestinya aku menyaluti perasaan cinta ini dengan kejujuran iaitu untuk menerima dirimu sebagai seorang rakan. Untuk apa mahu terus menipu diri dengan terus mencintai dirimu? Harusnya aku ading dengan diri sendiri. Tetapi aku mahu engkau maafkan aku. Maafkan aku. Maafkan aku sekali lagi. Aku tidak berdaya melupakan dirimu. Aku tidak berdaya melepaskan dirimu.

Aku memang lemah. Insan ciptaan-Nya yang teramat lemah. Rasa dipendam. Kesedihan dipendam. Kedukaan dipendam. Kepiluan dipendam. Keperitan dipendam. Segalanya dipendam dalam hati. Tika malam menggantikan siang hari, tika sang rembulan mengambil tempat sang mentari, kesedihan menghadirkan diri tanpa diminta. Air mata ditahan, ditakungnya dalam empangan. Usah dibenarkan untuk mengalir setitik. Betapa seksanya diri hanya aku yang tahu. Seperti jantung ditusuk harubi, aku bagaikan insan tidak bernyawa. Mahu sahaja aku lari dari segala kedukaan yang menyelubungi diri. Aku pohon pada burung-burung yang terbang bebas di angkasa untuk membawa kedukaan jauh ke angkasa. Jangan dikembalikan kepadaku. Mengapa harus hadirnya hanya sebagai sebuah persinggahan? Aku keliru. Aku bingung.

Aku cuba melupakan kecewa tetapi aku dijerat oleh cinta. Apakah akan ada yang lain selepas dirimu? Apakah akan aku terima dia seadanya sebagaimana aku dapat menerima dirimu? Apakah dirinya akan berjaya menjadi muzik dihatiku? Apakah dirinya harmoni yang akan menemani melodi sepanjang hayat? Sejujurnya aku ingin bermadah, jiwa aku masih dan hanya untuk dirimu. Aku runsing. Mengapa aku masih mahukan dirimu meski dirimu tidak pernah mempunyai apa perasaan pada diriku? Sebelum dirimu, tidak ada yang mampu mengajak aku untuk bertahan dalam sarang hatinya. Setelah ada dirimu, hilang rasanya semuanya tnagis kesepian. Dirimu sering membuatkan diriku tertanya-tanya apakah yang akan terjadi sekiranya tiada dirimu. Senyuman mu menyedarkan aku, kaulah cinta pertama, kaulah cinta terakhir.

Kini saatnya telah tiba, tika cinta tidak berpihak pada kita, aku harus mengundurkan diri, menghilangkan diri. Tidak ading bagi dirimu sekiranya aku terus menaruh harapan, terus mendambakan kasih mu. Tidak ading bagi diriku juga. Izinkan aku untuk mengundurkan diri meski tanpa kerelaan hati. Aku tidak rela namun ini yang harus dilakukan. Aku cuba. Cuba sedaya upaya. Berusaha dan terus berusaha. Mencintai tidak seharusnya memiliki. Biarlah air mata yang mengalir sehingga kering. Biarlah air mata yang mengubati luka dalam hati. Biarlah aku menangis setiap malam andai ini yang dapat membantu melupakan mu. Biarlah aku meratapi leraian cinta ini andai ini yang dapat memadamkan dirimu dari mindaku.

KAULAH CINTA PERTAMA, KAULAH CINTA TERAKHIR

maafkan aku,

maafkan aku sekali lagi,

salahku kerana menyukai dirimu,

salahku kerana merindui dirimu,

salahku kerana mencintai dirimu.

maafkan aku,

maafkan aku sekali lagi,

aku yang bersalah

dirimu tidak punya salah,

aku yang lemah,

aku yang bersalah

sejujurnya, aku yang bersalah kerana tidak berjaya membuang perasaan ini jauh di saat aku harus melakukanya. aku yang mahu terus mengharap, aku yang terus mahu mendamba dan aku yang mahu terus mencintaimu.

TERIMA KASIH kerana kehadiranmu telah memberikan suasana baru, kau mampu tenangkan aku disaat risau dalam hatiku. Lembutnya sikapmu meluluhkan hati ini.............

Semoga akan ada yang berjaya menambat hatimu.............

5 comments:

  1. i`m very impressed with ur writing. entri semua best2. ayat bombastik lak tu. saya ada satu soalan. are u Chinese?

    ReplyDelete
  2. hi anonymous... thnxs for dropping ur comment here... aha... yeap.. i am chinese...

    ReplyDelete
  3. btw..... thnxs for ur positive comment =)

    ReplyDelete
  4. mungkin macam silly question coz obviously u`re chinese bsed on gmbr n nama. tapi still, i`m very impressed with ur BM. saya yang melayu ni pun masih x sebegitu bahasanya. n one more thing, suka dengar lagu melayu gak ke? lgu lam blog2 suma bez2. frnkly speaking, x penah jumpa chinese mcm u.
    p/s: sangat suka belog ni. coz i`m big fan of puisi2 n sajak2 mcm yg kmu tulis2. he3

    ReplyDelete
  5. hehe.... thank you anonymous... xpe2.. banyak dh orang yg tanya mcm 2... hehe.... urm... i am speechless.... haha....it is just too awesome to know that u enjoy reading my writing... tenkiu awak! hehe... aah... suka lagu melayu tp lagu2 jiwang je... hehe... tenkiu taw.... =)

    ReplyDelete