Thank You!!!

Saturday, October 29, 2011

dari jendela hati ini....


dari jendala hati ini,
dari kaca mata ini,
kaulah insan paling istimewa,
kaulah insan yang paling bermakna.

dari jendela hati ini,
aku memohon maaf,
kerna aku tidak sempurna,
kerna aku tidak seperti dirinya,
yang kau dambakan selama ini.

dari jendela hati ini,
aku memohon kau bukakan hati,
untuk menerima segala kekuranganku,
untuk menerima aku seadanya.

*aku hanya bisa berbicara dari jendela hati. Aku terima segala kekuranganmu hingga lebihmu. Semoga kamu akan mengerti suatu hari nanti.

Saturday, October 1, 2011

teman, sahabat, kawan, rakan.....


Teman? Sahabat? Kawan? Rakan?

Keempat-empat "istilah" di atas ini sebenarnya sama sahaja. Berbeza hanya pada penggunaannya dalam suatu frasa, suatu ayat. Kenapa tidak sama bila kesemuanya membawa satu erti yang sungguh bermakna dalam diri setiap insan? Tidak perlu saya huraikan dengan spesifik kerana ertinya telah kita ketahui dan telah kita rasai dalam kehidupan seharian kita.
Bacalah cerita pendek yang saya sertakan sekiranya masih ada yang tidak memahami dan mengerti maksud istilah teman, sahabat, kawan mahupun rakan......

"Dua orang teman berjalan menuju ke arah buaian yang terletak jauh nun di sana tanpa sebarang kata, hanya memegang erat tangan masing-masing. Juga tanpa sebarang kata tetapi dengan senyuman yang terukir indah dibibir, seorang teman duduk di atas buaian manakala seorang lagi membuainya. Tanpa sebarang kata tetapi dengan hanya memandang ke dalam mata masing-masing, kedua-dua teman menukar giliran. Setelah merasakan bahawa masanya sudah tiba untuk pulang, kedua-dua teman tersebut menggenggam erat tangan masing-masing dan berjalan pulang dengan hati yang riang, juga tanpa sebarang kata. Setibanya di rumah masing-masing, kedua-dua teman tersebut meleraikan genggaman tangan, memandang ke dalam mata masing-masing, mengukir senyuman dibibir dan melambai kepada satu sama lain. Ini juga berlaku tanpa pertuturan kata tetapi dalam hati masing-masing, terbit perasaan kasih dan sayang terhadap teman masing-masing."

Maksud tersirat yang ingin saya sampaikan kepada anda semua adalah untaian kata tidak merupakan kewajipan sekiranya kita ingin menyatakan betapa bersyukurnya kita terhadap teman kita. Sebaliknya, keikhlasan kita berkawan dan betapa bersyukurnya kita dikurniakan dengan teman yang baik akan menyerlah menerusi pandangan mata, senyuman, persefahaman dan yang paling penting hati kita.

"Selamat Berkawan"


Diari Cinta: Episod Tujuh.........


Wahai diari,
Kau pengubat rindu dikala aku dihanyut malam nan gelap. Hadirnya dirimu memberikan memori indah, membelai jiwa sepi ini. Tika dedaunan berguguran dan dahan kerapuhan, kau hadirkan bunga-bunga cinta...

3 September 2011, 12.45 pagi.....
Love ends when you stop hoping.

3 September 2011, 8.15 pagi......
Love is alive when you keep hoping.

4 September 2011, 10.35 malam....
Suatu hari kau kan mengerti siapa yang paling mencintai.

5 September 2011, 12.26 pagi......
I love her for no reasons. I will not leave her unless I have million reasons.

5 September 2011, 5,52 petang.....
Kita bersua untuk berduka.

5 September 2011, 9.08 malam....
Rinduku umpama pantai tak bertepi namun sayangnyatak bersahut dek insan yang disayangi.... Inilah kisah hidupku.

6 September 2011, 1.09 petang....
Awan berarak mega tatkala cinta semakin sirna.

8 September 2011, 11.45 pagi......
Aku mencari cinta walhal ia sudah di depan mata.
Aku menjejak kasih walhal ada insan yang tak pernah menyisih.

Butanya naluriku, tak menghargai insan yang mengagumiku.

9 September 2011, 9.34 malam.....
Apakah wujud definisi cinta yang salah? kerna mencintaimu bukan suatu khilaf.

10 September 2011, 12.22 tengah hari......
Suratan tuhan kita di sini, menukil crita tentang kita.
Dan di setiap helaian nafas cerita ini, dibawa bersamanya takdir fitrah terindah.
Lantas walau kau tiada disisi, ku tetap dapat rasakan kewujudanmu dalam sanubari ini.

10 September 2011, 4.11 petang.....
She's the one that stole my heart and doesn't want to return it.

14 September 2011, 7.20 petang.....
Dalam gelora syahdu, ku harap dikau hadir mengubat rindu.

16 September 2011, 6.oo petang......
Entah bila kan ku merindu pada yang sudi dan memberi cinta pada yang pasti. Akan ku nanti.

26 September 2011, 7.51 pagi.......

Biar senyum terukir di bibir, tak siapa menduga ku sedang menderita.

26 September 2011, 10.10 pagi.....

Tinggalkan aku, bila itu bisa membuatkan kau bahagia.
Lupakan aku, bila itu adalah yang terbaik buatmu.
Biarkan ku tahu, aku tiada makna dalam hidupmu.


28 September 2011, 6.03 petang......
Dalam + gelora + sepi + kuharap + kau + hadir + meniup + irama + simfoni + seruling + agar + hatiku +tak + lagi + sunyi.

29 September 2011, 8.14 malam.....

Akhirnya aku pasrah, Aku padanya bukan sesiapa.

30 September 2011, 5.55 petang....
Ku damba mawar yang tak pudar warnanya walhalku kumbang nan lemah patah pula sayapnya.


*Nukilan yang indah bahasa ini merupakan nukilan hati seorang jejaka bernama SJP.