Thank You!!!

Tuesday, June 19, 2012

Ceritera Bergambar Seorang Guru Pelatih: Gelagat As Syabab



Inilah gelagat anak-anak buah saya.... C.O.M.E.L!!!!!!!!!!!
 (As Syabab ialah pasukan nasyid Sekolah Kebangsaan Tapang, Kota Bharu, Kelantan Darul Naim)



Malu-malu kucing...
Malu sangat yea....

Bagi je "time-out", dorang akan meluru ke arah percussion... alahai...

Jangan kacau kami!

Kerusi menggantikan meja bila dah lapar sangat... kesian...

Buat ape tu?

Tolong jangan ambik gambar kami! haha

Amboi... amboi!

Jelingan yang tajam.. Kenapa? Kenapa?

Malunya dia...

Teacher nak ikut!

Jangan pandangku sebelah mata... lalalala
Kenapa tu? Ape nasihat yang sedang diberikan?
Sila jangan tertipu dengan senyuman manisnya. Hatinya sedang berdegup kencang sebab sedang tunggu giliran nak naik pentas.

Bermonolog,"Cepatlah.... bila giliran kami?? Cepatlah....."


Wink! Wink! Wink!

Sempat juga nak bagi "Peace"....

Cikgu, nak main Angry Bird! (dalam usaha memujuk cikgu Anis)
Sedang gigih melukis gambar teacher Chew katanya.... Agak-agak, ape hasilnya? Hmm... Mari kita tunggu dan lihat.
Ini hasilnya... Aik! Sejak bila rambut teacher kerinting??

Erm.... Macam dah salah je lukisan ni... Rupa cikgu Anis macam ni ke?

TEACHER, I LOVE YOU! auwwwwwww!

Saya budak macho.... 
Nampak kamera je, mesti tutup muka.

Jangan ambik gambar saya... Saya malu teacher....

Korang kacau cikgu Anis eh??!!

Bila teacher dan anak murid BOSAN menunggu


Untungkan.... Teacher belanja makan nasi ulam...

Burp! Kenyang sudah....
Bila giliran saya pula?
Saya tak buat apa-apa... Saya tak bersalah..... :(
Nak bola warna merah juga sebab sama warna macam baju....


Tengok score board yea? Tak payah tengok pun tak pe sebab juara game bowling ialah teacher!

Bye-bye! Jumpa lagi pada masa yang akan datang....












My Nasyid Team: AS SYABAB....



"Kalau awak nak jadi seorang guru Muzik yang berjaya, awak kena sentiasa berusaha dan jangan sesekali mengalah atau takut untuk mencuba sesuatu yang baru. Anggap ianya sebagai satu cabaran buat diri awak" - En Kamaruddin bin Yusoff, IPG KKB

"You are a GREAT teacher Sook Wei" - Mr Mohd Iskandar Daud, IPG KKB

"Tahniah awak semakin berubah dan matang. Teruskan melakukan anjakan perubahan utk menjadi seorang guru cemerlang." - En Azizi, IPG KKB

As Syabab
Sebelum saya mengorak langkah menutur bicara dengan lebih lanjut , saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada En. Kamaruddin Yusoff, Mr Mohd Iskandar Daud dan En Azizi atas nasihat dan dorongan yang mereka berikan. Mereka merupakan pensyarah saya di IPG KKB yang senantiasa memberikan sokongan dan dorongan kepada saya.  Kata-kata semangat dan nasihat yang diberikan menjadi pegangan dan pembakar semangat kepada saya untuk terus maju ke hadapan. Terima kasih sekali lagi.

Semasa menjalani sesi praktikum fasa tiga di Sekolah Kebangsaan Tapang, saya dan "praktikum-mate" saya telah ditugaskan oleh Guru Besar sekolah ini untuk membantu guru sekolah membimbing pasukan nasyid sekolah ini, pasukan As Syabab. Tidak dinafikan yang saya sememangnya agak gementar dan berasa ragu-ragu kerana bimbang tidak dapat memberikan yang terbaik. Terima kasih atas kegigihan guru-guru dan ahli-ahli nasyid yang senantiasa memberikan komitmen 100%. Anis Huda (praktikum-mate saya), terima kasih! Pengalaman membimbing pasukan nasyid ini merupakan pengalaman paling manis dan merupakan kenangan yang paling indah. Segala penat lelah membimbing ahli-ahli pasukan ini akan hilang setiap kali mereka memberikan senyuman ikhlas yang datangnya dari hati yang suci dan wajah yang mulus senantiasa menenangkan segala kekusutan yang bersarang di minda. Gelagat comel dan kenakalan ahli-ahli pasukan ini sentiasa berjaya memukau hati saya. Kata-kata tidak mungkin boleh menceritakan segala-segalanya yang telah berlaku. Kadang-kadang, gambar-gambar foto boleh memberikan penceritaan dan gambaran yang lebih baik tentang apa yang telah berlaku.
Latihan nasyid -  khusyuk mendengar nyanyian ustazah

Penyanyi utama As Syabab



Bersama Cikgu Anis Huda
Bersama saya...... :)
Upacara penyampaian hadiah bagi Pertandingan Nasyid Sekolah-sekolah Rendah Pengkalan Chepa- Tempat kedua

Penyanyi solo terbaik! Tahniah!

Memenangi tempat ketiga dalam pertandingan nasyid Majlis Agama Islam Kelantan

Rakan seperjuangan yang turut membimbing pasukan nasyid sekolah masing-masing

Ucapan tahniah daripada guru sekolah