Thank You!!!

Wednesday, November 3, 2010

rindu, sayang, cinta......


Sebatang jalan kenangan ini sering membawa diri ini melewati memori lama yang disulam dengan perasaan rindu, sayang dan cinta. Memori ini terhenti sulamannya di tika aku menyedari bahawa sememangnya tiada lagi benang cinta dalam diri mu untuk diri ku. Tidak mungkin akan dapat aku sulam memori ini seandainya hanya ada benang-benang rindu dan kasih tetapi tidak benang cinta.
Haruskah ini yang terjadi? Haruskah aku yang merana? Segalanya pasti seandainya diri mu mengerti bahawa hati ku masih lagi pada mu. Aku masih lagi mencintai diri mu meski perasaan cinta tidak ada lagi dalam diri mu.

Aku hanya menyedari cinta itu masih ada tika perasaan rindu ku pada mu bertukar menjadi perasaan sayang yang membuahkan bibit cinta yang menikam kalbu. Semakin hari, aku semakin merindui diri mu. Semakin hari, aku semakin menyanyangi diri mu. Semakin hari, aku rasa aku semakin cinta padamu. Namun apa daya, diri mu telah merungkaikan ikatan cinta yang bakal terbina. Aku yakin ada cinta antara kita. Aku dapat lihat sinaran cinta dalam mata mu.

Rindu, sayang dan cinta hanya akan menjadi ungkapan setia dalam bicara dan madah hati. Biarpun tidak berpeluang menjadi madah mulut, perasaan ini sentiasa bermain di dalama hati. Aku yakin diri mu adalah insan yang diciptakan untuk menyerikan hari-hari suram ku. Aku juga yakin bahawa diri mu adalah insan yang dilahirkan untuk mengajar ku erti rindu, sayang dan cinta kerana meski diri mu telah tidak disamping aku, aku masih lagi punya perasaan rindu, sayang dan cinta.

[Rindu itu lumrah hidup, Cinta itu pengalaman hidup, Perkahwinan itu pengorbanan hidup]

G.S.W.................

No comments:

Post a Comment