Thank You!!!

Saturday, October 1, 2011

teman, sahabat, kawan, rakan.....


Teman? Sahabat? Kawan? Rakan?

Keempat-empat "istilah" di atas ini sebenarnya sama sahaja. Berbeza hanya pada penggunaannya dalam suatu frasa, suatu ayat. Kenapa tidak sama bila kesemuanya membawa satu erti yang sungguh bermakna dalam diri setiap insan? Tidak perlu saya huraikan dengan spesifik kerana ertinya telah kita ketahui dan telah kita rasai dalam kehidupan seharian kita.
Bacalah cerita pendek yang saya sertakan sekiranya masih ada yang tidak memahami dan mengerti maksud istilah teman, sahabat, kawan mahupun rakan......

"Dua orang teman berjalan menuju ke arah buaian yang terletak jauh nun di sana tanpa sebarang kata, hanya memegang erat tangan masing-masing. Juga tanpa sebarang kata tetapi dengan senyuman yang terukir indah dibibir, seorang teman duduk di atas buaian manakala seorang lagi membuainya. Tanpa sebarang kata tetapi dengan hanya memandang ke dalam mata masing-masing, kedua-dua teman menukar giliran. Setelah merasakan bahawa masanya sudah tiba untuk pulang, kedua-dua teman tersebut menggenggam erat tangan masing-masing dan berjalan pulang dengan hati yang riang, juga tanpa sebarang kata. Setibanya di rumah masing-masing, kedua-dua teman tersebut meleraikan genggaman tangan, memandang ke dalam mata masing-masing, mengukir senyuman dibibir dan melambai kepada satu sama lain. Ini juga berlaku tanpa pertuturan kata tetapi dalam hati masing-masing, terbit perasaan kasih dan sayang terhadap teman masing-masing."

Maksud tersirat yang ingin saya sampaikan kepada anda semua adalah untaian kata tidak merupakan kewajipan sekiranya kita ingin menyatakan betapa bersyukurnya kita terhadap teman kita. Sebaliknya, keikhlasan kita berkawan dan betapa bersyukurnya kita dikurniakan dengan teman yang baik akan menyerlah menerusi pandangan mata, senyuman, persefahaman dan yang paling penting hati kita.

"Selamat Berkawan"


2 comments:

  1. thnk you for being a gud friend :)

    ReplyDelete
  2. thnxs to you for being a good friend too... thnxs for being there with me thru thick and thin sir.......... i m blessed to have such a great friend like u.........

    ReplyDelete