Thank You!!!

Sunday, December 26, 2010

pencinta sepi.......


sungguh ku tak duga,
sungguh ku tak sangka,
pertemuan dengan mu membuatkan ku terpana,
hati ku dipanah rasa,
minda ku diusik bayu yang membawa kasih....

dalam sepi,
aku sebenarnya telah mencintai dirimu,
mendung membayangi diri ku,
gerimis menghujani diri ku,
di kala aku sedar aku tidak berupaya memiliki diri mu,
kerna diri mu menyanyangi yang lain......

pernah terlintas di benak fikiran,
jika aku luahkan segala rasa isi hati,
apakah engkau masih akan ada bila tibanya hari esok,
tidak berdaya aku hidup tanpa mu di sisi,
biarlah aku menyepi,
biarlah aku sendiri.......

mahu aku akui,
sejak bertemu dengan mu,
aku rasa bahagia,
senyum tawa mu mengisi hari-hari sepi ku,
tanpa mu,
sepi menakluki hari-hari ku.....

cinta ku pada mu,
pada tikanya membuatkan aku kaku,
kelu lidah tanpa kata-kata,
sepi tanpa bicara,
sunyi tidak berteman....

akulah pencita sepi,
yang sepinya dalam memendam rasa,
dan tanpa kata-kata..........


akulah pencinta sepi.......

Monday, November 8, 2010

perpisahan yang sama........... (same old lang syne)


aku bertemunya sekali lagi,
bertahun-tahun telah berlalu,
aku masih aku,
dia, telah berdua, atau mungkin bertiga....

aku menguntumkan senyuman
paling manis, paling ikhlas,
seperti tika dulu,
dia menyapa dengan kenyitan mata....

aku dan dia
berjalan beriringan,
menuju ke zaman silam,
tersenyum aku, tertawa dia,
sungguh indah saat itu,
sungguh manis saat itu,
sungguh romantis saat itu....

kenangan masa silam terhenti,
tika ada anak kecil menyapa dia,
aku tergamam, dia tersenyum mesra,
dia mengusap kepala anak kecil itu,
sungguh iras dan mirip wajah mereka,
tersedar aku bahawa dia telah berdua
dan kini telah bertiga.......

sekali lagi,
perpisahan yang sama berulang,
perpisahan yang meluluhkan hati,
teringat aku tika di zaman sekolah,
tika dia meleraikan tangan ku untuk sahabat ku.........

Wednesday, November 3, 2010

rindu, sayang, cinta......


Sebatang jalan kenangan ini sering membawa diri ini melewati memori lama yang disulam dengan perasaan rindu, sayang dan cinta. Memori ini terhenti sulamannya di tika aku menyedari bahawa sememangnya tiada lagi benang cinta dalam diri mu untuk diri ku. Tidak mungkin akan dapat aku sulam memori ini seandainya hanya ada benang-benang rindu dan kasih tetapi tidak benang cinta.
Haruskah ini yang terjadi? Haruskah aku yang merana? Segalanya pasti seandainya diri mu mengerti bahawa hati ku masih lagi pada mu. Aku masih lagi mencintai diri mu meski perasaan cinta tidak ada lagi dalam diri mu.

Aku hanya menyedari cinta itu masih ada tika perasaan rindu ku pada mu bertukar menjadi perasaan sayang yang membuahkan bibit cinta yang menikam kalbu. Semakin hari, aku semakin merindui diri mu. Semakin hari, aku semakin menyanyangi diri mu. Semakin hari, aku rasa aku semakin cinta padamu. Namun apa daya, diri mu telah merungkaikan ikatan cinta yang bakal terbina. Aku yakin ada cinta antara kita. Aku dapat lihat sinaran cinta dalam mata mu.

Rindu, sayang dan cinta hanya akan menjadi ungkapan setia dalam bicara dan madah hati. Biarpun tidak berpeluang menjadi madah mulut, perasaan ini sentiasa bermain di dalama hati. Aku yakin diri mu adalah insan yang diciptakan untuk menyerikan hari-hari suram ku. Aku juga yakin bahawa diri mu adalah insan yang dilahirkan untuk mengajar ku erti rindu, sayang dan cinta kerana meski diri mu telah tidak disamping aku, aku masih lagi punya perasaan rindu, sayang dan cinta.

[Rindu itu lumrah hidup, Cinta itu pengalaman hidup, Perkahwinan itu pengorbanan hidup]

G.S.W.................

Friday, October 29, 2010

persimpangan jalan ini

Angin yang sepoi-sepoi bahasa
menampar-nampar wajah ku yang mulus,
ombak yang menerjah pantas
menampar-nampar ganas kaki ku,
namun tidak aku rasa sakitnya....

Sang mentari menjelma
di celah-celah bukit
seakan-akan membawa segulung sinar harapan,
Burung-burung yang berkicauan
di pohon rendang itu
seakan-akan membawa perkhabarannya.....

Dalam aku menghayati
keindahan pagi desa,
sang bayu membisikkan rindu
menyedarkan aku akan kisah tahun lalu,
kisah persimpangan jalan itu....

Di persimpangan jalan ini,
aku dan kau berpisah,
pandangan matamu
menggetarkan hati ku yang tulus,
kau lepaskan genggaman tangan mu,
kau biarkan kaki mu melangkah membawa diri,
kau biarkan air mata mengalir...

Di persimpangan jalan ini,
aku masih setia menanti kepulangan mu,
Di persimpangan jalan ini,
aku masih mahu berharap,
Di persimpangan jalan ini,
aku masih punya kamu...........

[Rindu itu lumrah hidup, cinta itu pengalaman hidup, perkahwinan itu pengorbanan hidup)

G.S.W.....

Thursday, October 28, 2010

ceritera duka dan lara


29 OKTOBER 2010, 1.16 pagi.............

Hujan turun dengan lebatnya. Kilat sabung-menyabung. Guruh sesekali mengejutkan diri dari khayalan. Entah mengapa, hati tergerak untuk mengarang sebuah kisah yang duka lagi lara. Kisah yang telah membuatkan diri begitu tidak keruan laksana tiupan bayu yang tidak menentu. Ada ketikanya aku akan termenung berjam-jam lamanya. Ada kalanya aku seperti insan yang telah kehilangan jasadnya. Ya. Aku pernah seperti insan kurang siuman tika aku sedar aku dilahirkan bukan untuknya dan dia dilahirkan bukan untuk ku. Kami akan berpisah di persimpangan jalan dan dikala itu masing-masing akan membawa haluan masing-masing. Aku hanya berdaya memandang pada langkahan kakinya dan mendengar pada derap langkah kakinya.


Perasaan ini datang dalam diam. Tidak aku sedari sejak bila. Ternyata dia telah berjaya mengetuk pintu hati ini yang sekian lama dikunci kerana khuatir dilukai lagi. Aku yang selama ini tidak lagi percaya pada cinta telah jatuh cinta. Berkali-kali aku cuba membuatkan diri lupa akan dirinya. Berkali-kali aku cuba mengingatkan diri bahawa perasaan sedang bermain dengan hati. Namun, aku gagal dalam segala usaha itu. Aku sememangnya telah jatuh cinta padanya. Hati aku berkata bahawa aku harus khabarkan rasa yang bersarang dalam hati kepadanya. Dengan segala kekuatan yang ada, aku telah berjaya meluahkan segala rasa yang dipendam hati untuk sekian lamanya. Tetapi aku hampa. Bukan bahagia yang datang pada diri tetapi hanya duka yang singgah di hati.

Panjang cerita kisah ini jika mahu dikisahkan satu persatu kronologinya. Adalah baik sekiranya kisah duka ini dipendekkan sahaja. Aku dan dia kini diikat dengan ikatan persahabatan. Aku yakin aku bahagia tetapi hanya hati yang mampu membaca isi hati. Malam ini aku dikhabarkan bahawa dia masih lagi mencintai insan yang berjaya memikat hatinya. Hatinya masih pada insan bertuah itu. Betapa luluhnya hati ini tatkala menerima perkhabarab sebegitu rupa. Air mata mengalir deras membasahi pipi. Hati hancur berkecai. Diri ini ternyata mempunyai banyak kekurangan untuk mendapat tempat di hatinya. Aku termangu sebentar. Aku terpaku seketika. Apakah harus aku melepaskan dirinya untuk sekian kalinya? Berdayakah aku? Berkali-kali mulut bermadah mahu melepaskan dirinya tetapi madah hati berbicara untuk tidak sesekali melepaskannya. Kata hati aku, aku amat mencintainya. Dia mungkin beranggapan bahawa aku telah membuat penilaian yang salah. Tidak, aku tidak salah menilai dirinya. Aku sememangnya mencintai dirinya. Di dunia dan di akhirat. Berpisahlah kita di persimpangan ini. Biarlah kaki yang melangkah membawa diri. Biarlah burung yang terbang bebas di angkasa yang membawa segala kedukaan. Biarlah hanya aku yang menunggumu seandainya masih ada cinta.

aku punya kamu (biar jika hanya dalam mimpi, akan aku bahagia)
dia yang kamu cintai mendapat tempat teratas dalam hati kamu...
tetapi kamu mendapat tempat teratas dalam hati ku.........
aku?
dimanakah aku dalam hatimu?

G.S.W..........

Wednesday, October 27, 2010

aku punya kamu....



Salam sejahtera selaku pembuka bicara, pembuka madah. Malam ini tidak seperti malam-malam kelmarin. Malam ini aku rasa seperti terlalu merindui seseorang yang berada jauh nun disana. Malam ini aku rasa amat sepi. Kesepian keseorang aku tatkala pemikiran aku adalah padanya. Aku dan dia tidak punya apa-apa ikatan selain daripada ikatan persahabatan yang pada aku adalah amat erat. Dialah sahabat sebenar yang aku cari selama ini. Tiada yang lain melainkan dirinya seorang. Dialah yang memberikan sokongan dan dorongan pada diri aku. Tanpanya, siapalah aku di muka bumi ini. Dia jugalah yang telah memberikan aku kebahagian meski hanya untuk sementara. Ya. Aku pernah menyanyanginya. Aku pernah mendambakannya. Aku pernah mencintainya.

Namun apalah daya jika dua hati tidak berdaya untuk berpaut menjadi satu. Dua cinta tidak mungkin menjadi satu dalam hati. Apa yang aku tahu adalah aku pernah menyanyanginya, pernah mencintainya dan masih lagi menyanyanginya dan mencintainya. Perasaan ini tidak pernah luntur. Perasaan ini tidak akan lenyap. Dalam hati ini, aku masih punya kamu......





G.S.W.............

AKU BUKAN MALAIKAT


Aku bukan malaikat

juga bukan si bidadari

dan juga sang azazel

juga bukan si penunggu malam


tapi sering tertanya-tanya siapakah aku?

juga sering meragui apakah diri ku?

aku adalah aku dan aku bukan kamu juga bukan dia...

itu ternyata benar.....

mana mungkin kamu adalah aku....

mana bisa kamu adalah dia.....


tapi terkadang aku bingung...

mengapa kamu sering menghantuiku?

mengapa dia sering menjadi bayangku?

tapi aku sedar yang aku bukan malaikat..


maafkan aku kerana tidak sering bersamamu...

maafkan aku kerana tidak mendengar bisikan hati si dia

kerana aku bukan malaikat..


meski diri mu bukan malaikat,

dia masih berdaya membisikkan kata cinta

masih terdaya menitipkan madah cinta

jika hati mu masih mahu berbicara

jika hati mu masih punya perasan padanya


Sesungguhnya jikaku mampu coretkan karya indah..

tak mampu juga ku cipta seindah bidadari syurga..

Jika ku mampu mendengar isi hatinya..

tak mampu juga ku turutkan semua..

Kerana aku bukan malaikat..


lihat pada matanya

lihat pada pancaran cahaya matanya

ada sinar harapan yang membisikkan kata cinta.

sekilas pandangan mungkin ada cinta..


masih ada sekelumit harapan..

Namun masih lagi mengharap...

Harapan yg mungkin tinggal harapan...

Tapi aku masih tetap akan menyimpan sisa-sisa harapan itu...


biarlah hanya tinggal sisa harapan

biar sisa harapan yang membawa diri menyusuri jalan kenangan

mengenang kembali memori yang pernah tercipta tika dua hati berpaut

indahnya saat itu, dukanya saat itu......

yang tinggal kini hanya sejalur kenangan pabila dirimu meninggalkan diriku


Nukilan ini adalah hasil karya Muhammad Widad dan saya ketika saling berkomen di laman facebook........ Nukilan ini yang dilahirkan pada 18 Oktober 2010 berjaya dihasilkan dalam masa lebih kurang daripada setengah jam.......... Terima kasih kepada Muhammad Widad, si pembuka bicara...........


rumah usang itu.....


di hujung jalan itu,
tersergam sebuah rumah usang,
makin reput dimamah usia,
bakal runtuh bila-bila sahaja...

rumah usang itu,
menyimpan beribu kenangan,
tidak akan ku lupa akan kenangan itu,
tiap kali simpulan memori terurai kembali,
membawa diri menyusuri jalan kenangan.

rumah usang itu,
pernah membahagiakan aku,
pabila embun menyambut subuh,
pabila bintang menjemput malam,
takkan terganti segenap memori,
takkan terpadam seluruh kenangan.

rumah usang itu,
kini tiada lagi berpenghuni,
gelap bagaikan ditimpa gerhana,
sepinya sesunyi rimba,
segalanya bagaikan kaku tidak bernyawa,
saat kenanganmu kulontarkan jauh di pinggir hati.....

Tuesday, October 26, 2010

itu kamu...........


tika malam melabuhkan tirai,

keheningan malam begitu terasa,

sinar purnama pengganti sang mentari,

menyinari malam yang suram....


tika sang mentari kembali bersinar megah,

tika pohon-pohon dan bunga-bungaan kembali bernyawa,

tika sang burung berkicau ceria,

hening masih menghimpit jiwa,

menyeksa diri.......


namun,

tika kamu yang muncul,

hening yang ada hilang,

bahagia yang menyelinap dalam hati naluri,

kamu membawa bahagia,

itulah kamu.....


kamu yang terindah

senyuman mu melenyapkan ragu dalam hati,

tawa mu membawa ceria pada diri,

ternyata kamu ibarat sebutir mutiara,

begitu berharga,

begitu teristimewa,

itulah kamu.....


terima kasih

atas kasih,

atas sayang,

atas cinta,

yang telah kamu suluhkan dengan cinta,

kamu mengindahkan hari-hari suram,

kamu menceriakan hari-hari hening,

kamu membawa bahagia pada diri,

itulah kamu..............

seberang sana............


aku meniti jalan yang berliku,
tidak aku merungut,
tidak aku putus asa,
kerana aku tahu kamu akan berada di seberang sana,
menantikan kehadiran diriku....

setiap pancaroba sepanjang jalan itu,
aku lewati, aku harungi,
aku hanya mahu cepat sampai kepada kamu,
aku kepingin akan dakapan kamu,
yang memberi rasa kepunyaan dan bahagia,
sudah terlalu lama kita berjauhan,

setiap saat bagai berhari lamanya,
aku membilang hari-hari,
hari-hari yang akan membawa diri ku makin dekat pada mu,
aku harap kamu juga seperti aku,
membilang setiap hari yang berlalu......

aku harap aku mengerti,
aku harap aku tahu,
kadang itu aku begitu jauh dari mu,
aku dapat rasakan perasaan kamu tidak lagi seperti dahulu,
biarkan perasaan ini bermain dalam hati,
aku hanya berdaya berharap,
kau akan berada di seberang sana.......

Thursday, October 21, 2010

Hati ini telah engkau lukai.......


Kau mengetahui perasaan ini,
Kau memahami perasaan ini,
Kau mengerti perasaan ini,
tetapi mengapa engkau sanggup meninggalkan diri ini?

Terduduk aku semalaman,
mengenangkan dirimu,
air mata mengalir,
kerana hati ini telah engkau lukai.....

Setiap saat berlalu bagaikan sehari lamanya,
Aku cuba singkirkan segala rasa yang ada,
Menghapuskan segala kenangan yang ada,
kerana hati ini telah engkau lukai......

Pergilah engkau pergi jika itu kehendak engkau,
Aku sedar siapa diri aku,
Kita bercinta hanya dalam alam maya,
Cinta yang dibina dalam alam fantasi,
Tidak dapat dirasai secara realiti,
Biarkan aku sendirian,
kerana hati ini telah engkau lukai........

Tuesday, October 19, 2010

kau yang sebenar-benarnya yang pertama dan terakhir


Salam sejahtera aku tuturkan sebagai pembuka bicara kepada semua. Salam kebahagian khas aku titipkan kepadanya. Dalam keheningan malam ini, tetiba terbit rasa di dalam hati untuk menukilankan warkah kedua ini. Berkongsi rasa dan kasih dengan semua yang mengenali diri ini. Sedang diri ini mendengar lagu "Cinta Terakhir" dendangan Aiman, pintu hati diketuk dengan kesedaran yang memilukan. Liriknya menusuk kalbu dan setiap patah perkataan membawa maksud yang mendalam kepada diri ini. Benar sungguh kata-kata yang dimelodikan Aiman. "Mungkin kan terputus di tengah jalan, mungkin kan terlerai tanpa ikatan, usah ragu dengan takdir. Mungkin kita kan berbeza haluan, berakhirnya cerita percintaan segalanya ketentuan tuhan" Di kala cinta itu hilang, air mata mengalir membasahi pipi, menitiknya menyembah tanah dan basahnya membanjiri bumi.

Cinta pertama ini akan menjadi yang terakhir bagi diriku. Bukan aku mahu menambahkan kepiluan dan kesedihan dalam hati tetapi aku harus menerima hakikat bahawa tiada yang lain selain dirimu. Aku berubah saat aku mengenal dirimu. Dirimu banyak meyakinkan hati kecil ini untuk berusaha, untuk senantiasa cekal dan yakin pada kebolehan diri. Semenjak kau hadir dalam hidupku, segala keresahan hilang. Tiada sehari yang aku rasa resah jika kau ada. Kau yang bernama cinta, kau yang memberi rasa, kau juga yang ilhamkan bahagia sehingga aku yang terasa indah. Namun, seindah mana bahagia yang kau ilhamkan, aku sedar, hatimu tidak pernah pada diriku. Bibit cinta tidak akan terbit dan hati kita tidak mungkin bertaut. Aku seharusnya mencintai dirimu sebagai seorang rakan, merindui dirimu sebagai seorang rakan dan akhir sekali memiliki dirimu juga sebagai seorang sahabat. Sememangnya itu yang engkau mahu. Semestinya aku menyaluti perasaan cinta ini dengan kejujuran iaitu untuk menerima dirimu sebagai seorang rakan. Untuk apa mahu terus menipu diri dengan terus mencintai dirimu? Harusnya aku ading dengan diri sendiri. Tetapi aku mahu engkau maafkan aku. Maafkan aku. Maafkan aku sekali lagi. Aku tidak berdaya melupakan dirimu. Aku tidak berdaya melepaskan dirimu.

Aku memang lemah. Insan ciptaan-Nya yang teramat lemah. Rasa dipendam. Kesedihan dipendam. Kedukaan dipendam. Kepiluan dipendam. Keperitan dipendam. Segalanya dipendam dalam hati. Tika malam menggantikan siang hari, tika sang rembulan mengambil tempat sang mentari, kesedihan menghadirkan diri tanpa diminta. Air mata ditahan, ditakungnya dalam empangan. Usah dibenarkan untuk mengalir setitik. Betapa seksanya diri hanya aku yang tahu. Seperti jantung ditusuk harubi, aku bagaikan insan tidak bernyawa. Mahu sahaja aku lari dari segala kedukaan yang menyelubungi diri. Aku pohon pada burung-burung yang terbang bebas di angkasa untuk membawa kedukaan jauh ke angkasa. Jangan dikembalikan kepadaku. Mengapa harus hadirnya hanya sebagai sebuah persinggahan? Aku keliru. Aku bingung.

Aku cuba melupakan kecewa tetapi aku dijerat oleh cinta. Apakah akan ada yang lain selepas dirimu? Apakah akan aku terima dia seadanya sebagaimana aku dapat menerima dirimu? Apakah dirinya akan berjaya menjadi muzik dihatiku? Apakah dirinya harmoni yang akan menemani melodi sepanjang hayat? Sejujurnya aku ingin bermadah, jiwa aku masih dan hanya untuk dirimu. Aku runsing. Mengapa aku masih mahukan dirimu meski dirimu tidak pernah mempunyai apa perasaan pada diriku? Sebelum dirimu, tidak ada yang mampu mengajak aku untuk bertahan dalam sarang hatinya. Setelah ada dirimu, hilang rasanya semuanya tnagis kesepian. Dirimu sering membuatkan diriku tertanya-tanya apakah yang akan terjadi sekiranya tiada dirimu. Senyuman mu menyedarkan aku, kaulah cinta pertama, kaulah cinta terakhir.

Kini saatnya telah tiba, tika cinta tidak berpihak pada kita, aku harus mengundurkan diri, menghilangkan diri. Tidak ading bagi dirimu sekiranya aku terus menaruh harapan, terus mendambakan kasih mu. Tidak ading bagi diriku juga. Izinkan aku untuk mengundurkan diri meski tanpa kerelaan hati. Aku tidak rela namun ini yang harus dilakukan. Aku cuba. Cuba sedaya upaya. Berusaha dan terus berusaha. Mencintai tidak seharusnya memiliki. Biarlah air mata yang mengalir sehingga kering. Biarlah air mata yang mengubati luka dalam hati. Biarlah aku menangis setiap malam andai ini yang dapat membantu melupakan mu. Biarlah aku meratapi leraian cinta ini andai ini yang dapat memadamkan dirimu dari mindaku.

KAULAH CINTA PERTAMA, KAULAH CINTA TERAKHIR

maafkan aku,

maafkan aku sekali lagi,

salahku kerana menyukai dirimu,

salahku kerana merindui dirimu,

salahku kerana mencintai dirimu.

maafkan aku,

maafkan aku sekali lagi,

aku yang bersalah

dirimu tidak punya salah,

aku yang lemah,

aku yang bersalah

sejujurnya, aku yang bersalah kerana tidak berjaya membuang perasaan ini jauh di saat aku harus melakukanya. aku yang mahu terus mengharap, aku yang terus mahu mendamba dan aku yang mahu terus mencintaimu.

TERIMA KASIH kerana kehadiranmu telah memberikan suasana baru, kau mampu tenangkan aku disaat risau dalam hatiku. Lembutnya sikapmu meluluhkan hati ini.............

Semoga akan ada yang berjaya menambat hatimu.............