Thank You!!!
Monday, January 24, 2011
di lembah sepi ini............
di lembah sepi ini,
aku bermadah sayu lemah mendayu,
aku sampaikan sayang kerna terlalu merindu,
aku pujuk rayu hati,
usah dikau terlalu merindu,
bila hati terlalu merindu,
diri akan dijerat oleh cintanya,
yang bertandang bagaikan persinggahan,
tiada bahagia,
hanya sayu dan sepi di lembah ini.............
aku rindu padanya.............
Friday, January 21, 2011
kau taman dalam hati.....?
selalu aku percaya
dalam hati ada taman,
selalu juga aku percaya
kasih itu tidak akan hilang dari dalam diri,
selalu itu jugalah aku yakin
cinta hanya datang sekali dalam hidup.
pertemuan denganmu
tidak diduga,
tidak disangka,
semuanya kebetulan.
kehadiranmu
membawa beribu makna,
senyuman manismu
mencairkan hati,
meluluhkan perasaan,
membahagiakan diri ini.
saat bersama mu,
saat ditemani mu,
sering membuatkan aku tertanya-tanya,
membuatkan aku ragu,
membuatkan aku runsing,
mencacaukan benak fikiran,
memikirkan persoalan yang sering hadir.
apakah engkau taman dalam hatiku.......???
Sunday, January 9, 2011
senyuman mu........
Saturday, January 8, 2011
sinar rembulan...
malam ini sungguh hening,
membuatkan diriku kesepian,
menjadikan aku kesunyian,
di bawah sinar rembulan,
aku termenung.
aku berdoa kepada sang tuhan,
mengharapkan cahaya sinar rembulan,
membawa hatiku kepada si pujaan hati,
membawa secebis khabaranku kepadanya,
membawa secebis khabarnya kepadaku.
sinar rembulan,
bawalah aku kepadanya,
bawalah secebis hatiku kepadanya,
bawalah sekelumit perasaanku kepadanya.
sinar rembulan,
pada suatu tika,
aku percaya kepada pada ketulusanmu,
aku percaya pada kesetiaanmu,
aku percaya akan ada jodoh antara kita.
namun,
aku telah hilang keyakinan,
aku tidak percaya lagi pada jodoh,
aku ragu terhadap kata hatiku,
aku ragu terhadap perasaanku........
Friday, January 7, 2011
rahsia rindu....
rindu,
dalam sepi,
mengungkit seribu rahsia,
bagai seribu bintang dilangit,
megahnya berkerlipan.
rindu,
dalam sayang,
membawa beribu kisah cinta,
yang tulus, suci dan ikhlas,
coretan cinta yang agung.
rindu,
dalam keasyikan,
membawa diri menyusuri denai kenangan,
mengimbau kembali memori indah,
tatkala masih memadu rindu,
memadu kasih, memadu cinta.
namun,
rindu,
walau berjuta kata disusun, diatur,
menanti masa untuk dibicarakan,
rahsia rindu,
tetap rahsia yang senantiasa,
berahsia dalam sepi, sayang dan keasyikan.......
melodi rindu....
melodi rindu
terciptanya dari hati yang tulus
wajah yang mulus
mengindahkan harmoni rindu
sayunya membuai jiwaku
melenakan aku dalam khayalanku tentang mu
biarlah aku berkhayal
andai aku dapat harmonikan melodi rindu
mengubati rindu yang bersarang dalam hati
biarlah aku berkhayal
andai aku dapat nyanyikan melodi rindu
mengubati rindu yang bernanah dalam hati
melodi rindu semakin sayu
perasaan rindu kian membara
tika rasa hati kucurahkan
perasaan rindu kian menyala
tika derita jiwa tidak berdaya kubendung
ceritera rindu....
kata-kata tidak terungkap
tika aku ingin katakan
aku rindu padamu
biarlah hati sahaja yang berbicara
tika bibir lesu dan lidah kelu
mataku terpaku
mataku termenung
pada sekeping potretmu
terasa bagaikan dirimu begitu dekat padaku
walaupun berbatu jauh memisahkan kita
naluriku berkata
bayangmu berada didekat ku
dapat kurasakan bayanggmu berlalu melewati diriku
ku turuti kata hati,
mencari bayangmu
ingin sahaja aku mendakap bayangmu
membawanya dekat padaku
membawanya dekat ke hatiku
semakin dekat semakin menghilang bayangmu
tersedar aku semuanya hanyalah ilusi semata-mata
ilusi yang mempermainkan perasaanku
tika aku amat merindui dirimu
pintaku hanyalah untuk mendendangkan melodi rindu
andai itu dapat mengubati rindu yang bersarang dalam hati
Thursday, January 6, 2011
ssshhh......
ssshhhh,
jangan engkau tuturkan kata,
biar kelu sahaja lidah mu,
biar bisu sahaja bibir mu.
sssshhhh,
jangan engkau tuturkan kata,
pejamkan mata mu,
dengarkan bisikan bayu.
sssshhhh,
jangan lagi engkau tuturkan kata,
dengar pada bicara hati mu,
dengarkan luahan hati mu.
ssshhhh,
jangan lagi engkau tuturkan kata,
biarkan sunyi sahaja,
sepi itu indah,
tanpa sebarang kata....
rumah usang itu......
di hujung jalan itu,
tersergam sebuah rumah usang,
makin reput dimamah usia,
bakal runtuh bila-bila sahaja.
rumah usang itu,
menyimpan beribu kenangan,
tidak akan ku lupa kenangan itu,
tiap kali simpulan memori terurai kembali,
membawa diri menyusuri jalan kenangan.
rumah usang itu,
pernah membahagiakan aku,
pabila embun menyambut subuh,
pabila bintang menjemput bintang,
takkan terganti segenap memori,
takkan terpadam seluruh kenangan.
rumah usang itu,
kini tiada lagi berpenghuni,
gelap bagaikan ditimpa gerhana,
sepinya sesunyi rimba,
segalanya bagaikan kaku tidak bernyawa,
di saat kenanganmu kulontarkan jauh di pinggir hati....
Wednesday, January 5, 2011
Anak bangsaku kian alpa.......
Di penjuru ruang itu,
tersergam indah sebuah gerobok,
meski makin reput dimamah usia,
tetap teguh dan gagah berdiri,
demi menabur bakti pada sang buku.
Engkau disusun kemas,
tetapi berdebu kerana tidak dibelai,
bertahun lamanya engkau menyepi bersendirian,
engkau yang begitu berharga kian dilupai,
apakah engkau karya yang bakal lapuk ditelan usia duniawi?
Anak-anak muda hanya memandang
tidak tahu menghargai,
bukan mereka tidak berduit,
bukan mereka tidak mampu,
sememangnya mereka tidak tahu menilai tinggi darjat engkau
sebenarnya mereka telah alpa.
Wahai anak-anak muda,
bangunlah dari kealpaan mu,
hargailah buku sebagaimana anda menghargai sebutir mutiara,
betapa tingginya nilai dan darjat mutiara di mata dunia,
tinggi lagi nilai dan darjat sebuah buku.
Monday, January 3, 2011
cinta itu kurnia.............
Dengarkanlah lagu dulu
Tinggalkanmu itu menunggu
Jangan biarkan hati
Dikunci oleh rasa benci
Resah yang tiada henti
Bila kau melangkah pergi
Apakah yang harus ku lakukan
‘Tuk merubah hatimu
Chorus
Kurnia bagaikan khayalan
Takkan ku lepas walaupun apa yang mendatang
Kurnia bagaikan khayalan
Ku takkan lepas walau hanya khayalan
Senyumanmu igauanku
Tiada yang setandingmu
Suara yang bermain
Memanggil-manggil namaku
Resah yang tiada henti
Bila kau melangkah pergi
Apakah yang harus ku lakukan
Untuk merubah hatimu
Pintaku cuma jangan pergi
Tak bisa berasingan jauh oh darimu
Bilakah oh nanti akan pergi
Berlari biarkan pergi
Buat selamanya biar kita berdua disinari
Oh mentari oh mentari
sesungguhnya cinta itu satu kurniaan tuhan......
apa yang pasti dirimu tetap ku nanti selagi mentari mengintai bari........