Thank You!!!

Tuesday, June 28, 2011

di penghujung jalan....


langkah yang terhenti diatur semula,
jantung yang terhenti berdegup semula,
nafas yang terhenti dihirup semula,
hadirmu bagaikan suratan ,
melengkapkan langkah yang terhenti.

kau suluhkan sinar petunjuk,
memberikan cahaya dalam kegelapan,
kau ukirkan senyuman,
menghadirkan bahagia dalam duka,
kau melengkapkan semua kekurangan.

sentiasa ku yakin hadirmu suratan,
sentiasa ku abaikan hadirmu kebetulan,
sentiasa ku yakin kerana kasih,
sentiasa ku yakin kerana sayang,
sentiasa ku berjanji kerana cinta.

langkahan kaki ini ku lajukan,
berlariku ingin menggapai cinta ini,
semuanya hanya kerana kasih dan cinta,
namun jari-jemari ini tidak berdaya menggapai cinta,
terhenti langkahan ini tika di penghujung jalan,
tersungkur aku bila hilangnya bayanganmu,

di penghujung jalan ini,
aku keseorangan, aku keliru,
di penghujung jalan ini,
aku bingung, ke mana harus aku tuju?
di penghujung jalan ini,
haruskah aku pasrah menerima suratan?
di penghujung jalan ini,
aku gusar, apakah aku sebenarnya dalam kamar mimpi?

Saturday, June 25, 2011

Diari Cinta: Episod Empat.........


Wahai diari,
Kaulah teman setia ditika aku kesedihan dan memerlukan seorang teman untuk berbicara mengenai keperitan yang bersarang dalam hati.....

6 Jun 2011, 10.08 pagi....
Ku damba bintang kejora walhal aku insan biasa,
Ingin ku petik mawar berduri, terluka jari merana diri.

6 Jun 2011, 6.33 petang...
Akan ku tunaikan janji untuk melamarmu wahai puteri,
Sekali itu ku kata cinta, selama mana kau ku puja.

8 Jun 2011, 11.16 pagi.....

Tangisan rindu berbunga harapan tika senja mengorak lalu.

8 Jun 2011, 6.09 petang....
Ku padam api sendu, ku semai kuntuman rindu.

9 Jun 2011, 12.33 pagi....
Cinta tak terungkap,
Kasih tak terucap,
Itulah kisahku.


9 Jun 2011, 7.44 pagi...
Ku lontar jauh kenangan silam,
tatkala cinta seakan kelam,

demimu kasih cinta ini akan tetap ku pendam.

10 Jun 2011, 12.03 pagi.....

Cintaku umpama kekaltu yang mengagumi sinaran lampu.
Terkubur mati tatkala berdansa di bawah pancaran cahaya.

11 Jun 2011, 8.25 pagi...
Tatkala aku membawa diri,
sebenarnya aku bukannya pergi,
cuma aku mendustai diri betapa kononnya,
dirimu aku tidak perlu lagi.

11 Jun 2011, 11.34 pagi.....

Kegembiraanmu adalah kebahagiaanku.
Air matamu adalah luka di hati.

12 Jun 2011, 11.34 pagi....
Telah ku bicarakan pada ombak betapa aku cinta padamu.
Telah ku acap pesan pada angin betapa dirimu aku rindu.

13 Jun 2011, 8.23 malam....
Ku renung matamu,
ku puja namamu,
walau kau tak pernah tahu.


14 Jun 2011, 12.44 pagi.......
Ku singkap cinta dalam diam, ku luah kata dalam pejam.

14 Jun 2011, 5.10 petang....
Walau sekadar dapat menyentuh bayangmu, itu sudah membahagiakanku.

15 Jun 2011, 3.20 petang.....
Bila kau jauh, aku selalu cemburu.
Bila kau dekat, aku buat-buat tak tahu.

16 Jun 2011, 4.52 petang.....
Jangan lagi bertanya tentang semalamku, kerna semuanya adalah tentang dirimu.

16 Jun 2011, 5.09 petang...
Ku percaya pada cinta,
kerna ia bukan rekayasa,

tapi hakikatnya yang sungguh nyata,
jantung berdegup tatkala dirimu di depan mata.

16 Jun 2011, 9.42 malam......
Aku cinta pada pujaan.
Aku rindu untuk berteman.

28 Jun 2011, 2.30 petang.....
Andai ku sulam rindu pada hati, ku khuathir akan membelit diri.

29 Jun 2011, 12.31 pagi......
Ku tak mahu lagi menghitung bintang, ia seakan sia-sia.

* Helaian cinta dalam diari ini adalah luahan hati seorang jejaka bernama SJP.....

Diari Cinta: Episod Tiga.........


Wahai diari ku,
Izinkan ku lakarkan kenangan di laman ini.

8 Mac 2011, 10.02 malam......
Akhirnya aku lepaskanmu pergi tetapi ku tetap harap kau berpaling padaku lagi lalu mengubah kepastian hati.

9 Mac 2011, 9.09 malam........
Tatkala hati dirundung sepi, akhirnya aku tak sanggup lagi mengejar bayang-bayangmu.

11 Mac 2011, 7.02 petang......
Walau cintamu tak sejinak merpati, namun menjeratmu akan ku cuba sedayanya kerana aku percaya pada sinar kejora.

14 Mac 2011, 11.23 pagi........
Cintaku tak seperti embun pagi, resah bila munculnya mentari. Cintaku mekar persis si bunga, indah dipandang berseri dipuja.

17 Mac 2011, 7.32 petang.......
Andai pada masa depan kita akan bertemu lagi, mungkin saat itu kau bahagia bersama si dia. Namun mendambakan kasihmu itu adalah pasti kerana sekali ku mencinta, selamanya ku memuja.

3 April 2011, 11.35 pagi........
Ku peluk jasadmu dalam bayangan. Biar tak terasa, namun ku bahagia.

17 April 2011, 6.22 petang..........
Angin menderu sepi, unggas membatu sepi. Tatkala kau melangkah pergi, tinggalkan aku sendiri.

21 April 2011, 1.13 pagi........
Ku peluk bayangmu, itu bahagiaku. Ku kejar selagi mampu, itu memang janjiku.

21 April 2011, 1.24 pagi.........
Sekali ku ungkap kata cinta, selama-lamanya namamu bertakhta.

24 April 2011, 10.10 malam.......
Tak pernah aku mencuba dan tak ingin isi hatiku dengan cinta lain.

25 April 2011, 10.33 malam......
Andai bulan dipagari bintang, sungguh indah pabila dipandang. Pabila kasihmu dipaut asmara, biar ku jadi pencinta setia.

25 April 2011, 11.00 malam.....
Love me the way i am and i will love you the way you are.
Love mw for who i am and i will love you for who you are.

26 April 2011, 7.55 pagi.............
Umpama badai menghempas pantai, tak akan ku berhenti mengangumimu.

*Laman ini melakarkan madah-madah cinta seorang jejaka bernama SJP............

Thursday, June 23, 2011

Diari Cinta: Episod Dua


Wahai diari ku,
Rasa cinta kasih yang sukar terluah ada tikanya menjadi racun dan madu di hati......

4 Januari 2011, 1.22 pagi.....
Ku selalu terbayang bahawa dirimu datang menemani siangku dan mengulit mimpi-mimpi malam hariku. Walau tidak seindah realiti, namun ku pasrah dengan suratan ini .

17 Januari 2011, 12.50 pagi.....
Belajar untuk mencinta. Belajar juga untuk dibenci.

17 Januari 2011, 2.30 pagi.....
Pabila kita menyatakan cinta, bersedia juga untuk dibenci. Andai respon meruntun jiwa, anggaplah cinta itu keikhlasan hati.

17 Januari 2011, 7.03 petang....
Betapa kau cinta, namun masih tidak memiliki. Jangan pula anggap cinta itu satu kenangan untuk diratapi.

24 Januari 2011, 5.53 petang....
Akhirnya cinta yang dicari tak lagi ditemui. Semakin ku kejar, semakin jauh cinta berlari. Semakin kuat gelora hati, semakin jauh kau membawa diri.

3 Februari 2011, 11.34 malam....
Jangan dikira kerdipan bintang di langit. Cukuplah pabila dihayati indahnya sinar bulan di angkasa.

4 Februari 2011, 7.32 petang...
Tatkala menghirup udara pagi, termanggu aku sendirian betapa cinta itu bukan untuk aku.

4 Februari 2011, 11.15 malam.....
Andai hati terguris rindu, mengapa dibiar luka berdarah?

4 Februari 2011, 11.17 malam....
Menggubah sekuntum memori untuk dihadiahkan kepada puteri idaman.

5 Februari 2011, 7.41 pagi......
Kan ku terus berlari meskipun luka ini masih terasa. Kan ku terus mencari walau seakan kita tidak akan bersua.

5 Februari 2011, 7.51 pagi.....
Sejauh mana sekalipun aku berlari, ingatanku padamu menghantui diriku. Aku tidak mengerti dan tidak ku mampu lagi menahan gelora hati ini.

5 Februari 2011, 10.13 pagi......
Biar ku ungkapkan kenangan lalu. Takkan terlerai dihempas bayu.

9 Februari 2011, 9.49 pagi......
Aku rindu kamu, itu bukan tipu. Aku cinta kamu, aku tidak pernah keliru. Menunggumu, itulah janjiku.

9 Februari 2011, 3.53 petang.....
Hati terguris, jiwa merintih. Andai inilah harga menyintaimu, aku tetap sanjung.

10 Februari 2011, 6.44 pagi.....
Tatkala bulan merenung sepi, awan ceria memanyungi insan. Tatkala cinta mula bersemi, semakin lama memendam rasa.

13 Februari 2011, 8.40 pagi....
Ku malu pada mentari tatkala melihat pelangi. Ku malu pada rembulan dikala mengira sinaran bintang.

13 Februari 2011, 10.02 malam....
Walau bayu menghembus perlahan, walau badai tidak berteman, jangan digugat ikatan perhubungan.

* Kesemua bingkisan cinta yang menusuk kalbu ini merupakan nukilan seorang jejaka bernama SJP.....

Tuesday, June 21, 2011

Diari Cinta: Episod Satu


Wahai diari ku,
Izinkanlah aku mencatat isi hati dan nukilannya di dadamu. Bingkisan cinta yang indah datangnya dari hati yang tulus dan wajah yang mulus.


26 Oktober 2010, 11.37 malam......
Rinduku umpama ombak ganas yang menghempas pantai. Kasihku tak keruan laksana tiupan bayu tiada menentu.

3 November 2010, 12.55 pagi........
Dalam gerimis syahdu, ku harap dapat lihat warna-warni senyumanmu. Dalam merungkai gelora badai, ku harap dikaulah nakhoda penyelamat nyawa.

3 Novemver 2010, 12.59 pagi.......
Hujan lebat malam ini, dikala ku sendiri cukup menggamit anganku padamu. Tatkala insan lain lena dibuai mimpi, aku masih menaruh harapan pada asmara yang tak pernah pasti.

26 November 2010, 4.37 petang.....
Walau kau tak dapat aku petik, memadailah pabila kau pernah menjadi bintang di langit hidupku.

12 Disember 2010, 1.24 pagi..........
Sunyi diselubungi malam,
mengusik minda yang terlontar jauh,
aku rindu padanya.

12 Disember 2010, 9.24 pagi.......
Bayu,
sampaikanlah berita bahawa daku kini ceria, aman dan bahagia.

12 Disember 2010, 9.31 pagi........
Andai kata kali ini, aku tak dapat meluahkan lagi rasa cinta yang bersemi, maka benarlah aku hanya pencinta yang manis madahnya. Namun gagal menjadi sebenar-benarnya pencinta.

12 Disember 2010, 9.39 pagi........
Tatkala aku terjatuh, pimpinlah aku.
Tatkala aku tersungkur, papahlah aku.
Tanpamu, aku ibarat insan yang siangnya tanpa bayang-bayang dan malamnya tanpa sinaran cahaya.

12 Disember 2010, 9.48 pagi.....
Jangan sesekali pergi dariku kerana andai kau tiada lagi, mahu aku biarkan aku yang menghilangkan diri. Tenggelam dalam badai cinta, lenyap dalam gelora sepi.

12 Disember 2010, 9.56 pagi.....
Biarkanlah aku terus jadi pemuja hati walaupun tak pernah dapat tuk menilai.

12 Disember 2010, 10.01 pagi....
Hembusan angin yang sangat perlahan membuat aku tak keruan menanti sebuah jawapan yang hadirnya lewat untuk menyapa perasaan.

12 Disember 2010, 10.34 pagi....
Andai panorama cinta itu indah,
mengapa ia memanah hatiku?
Andai bisikan cinta itu puitis,
mengapa hatiku terguris rindu?

14 Disember 2010, 2.31 petang....
Wahai sang angin,
nyanyikanlah lagu rinduku padanya,
sampaikanlah salam kemaafan buatnya,
yang kini tak lagi aku kejar.

22 Disember 2010, 12.38 pagi.....
Aku mengejarmu walau kaki ini tidak sekuat dulu.

22 Disember 2010, 6.58 petang.....
Hujan mengingatkan aku pada kenangan bersamamu tatkala kita meredah titisan sengsara, tatkala itu juga kita menagih sekelumit rasa cinta.

*Madah-madah cinta ini adalah nukilan seorang jejaka bernama SJP..........

Sunday, June 19, 2011

lupakan saja kecewa itu.............


Kembara cinta ku jejaki,
terbawa diri ke benua cinta,
mencari cinta menjadi misi,
apakah aku punya daya?

mencari cinta misi murni,
daya upaya bukan ukuran,
kuatkan azam cekalkan hati,
moga bertemu putera idaman.

si putera menjadi idaman,
segak bergaya terpikat adinda,
kakanda sentiasa menjadi dambaan,
berduanya kita bahagia selamanya.

jika diri dambaan milik puan,
kebahagiaan masih ditangan Tuhan,
tetapkan arah pastikan tujuan,
agar cinta tidak sesatkan perjalanan.........

*hasil usahasama saya dengan seorang rakan yang segak lagi bergaya, En. Hazwan....... Ternukilannya pantun empat kerat (haha........... pantun tuuuu) ini tepat pada jam 11.20 malam, pada 6 jun 2011........ TERIMA KASIH sir!


p/s: ini sesuatu yang baru........ pada saya, pantun ini tidak hanya bertemakan kepada misi mencari cinta oleh seorang pengembara cinta semata-mata..... pantun ini turut menyedarkan pembaca bahawa sesungguhnya sedalam mana perasaan kita pada seseorang, kebahagiaan kita masih di tangan Tuhan.. Oleh itu, jangan sesekali biarkan cinta mengalpakan anda.... Seandainya kita dikecewakan cinta, jangan sesekali biarkan diri kita dijerat cinta......... Anda mungkin bermonolog dengan diri anda sendiri, "Aku cuba lupakan kecewa tetapi aku tetap terjerat dengan cinta".... Lupakan semua itu kawan-kawan...... Lupakan......... dan tolong lupakan cinta yang tidak kesampaian itu bersama-sama dengan saya........ GAMBATEH!