Thank You!!!

Saturday, October 29, 2011

dari jendela hati ini....


dari jendala hati ini,
dari kaca mata ini,
kaulah insan paling istimewa,
kaulah insan yang paling bermakna.

dari jendela hati ini,
aku memohon maaf,
kerna aku tidak sempurna,
kerna aku tidak seperti dirinya,
yang kau dambakan selama ini.

dari jendela hati ini,
aku memohon kau bukakan hati,
untuk menerima segala kekuranganku,
untuk menerima aku seadanya.

*aku hanya bisa berbicara dari jendela hati. Aku terima segala kekuranganmu hingga lebihmu. Semoga kamu akan mengerti suatu hari nanti.

Saturday, October 1, 2011

teman, sahabat, kawan, rakan.....


Teman? Sahabat? Kawan? Rakan?

Keempat-empat "istilah" di atas ini sebenarnya sama sahaja. Berbeza hanya pada penggunaannya dalam suatu frasa, suatu ayat. Kenapa tidak sama bila kesemuanya membawa satu erti yang sungguh bermakna dalam diri setiap insan? Tidak perlu saya huraikan dengan spesifik kerana ertinya telah kita ketahui dan telah kita rasai dalam kehidupan seharian kita.
Bacalah cerita pendek yang saya sertakan sekiranya masih ada yang tidak memahami dan mengerti maksud istilah teman, sahabat, kawan mahupun rakan......

"Dua orang teman berjalan menuju ke arah buaian yang terletak jauh nun di sana tanpa sebarang kata, hanya memegang erat tangan masing-masing. Juga tanpa sebarang kata tetapi dengan senyuman yang terukir indah dibibir, seorang teman duduk di atas buaian manakala seorang lagi membuainya. Tanpa sebarang kata tetapi dengan hanya memandang ke dalam mata masing-masing, kedua-dua teman menukar giliran. Setelah merasakan bahawa masanya sudah tiba untuk pulang, kedua-dua teman tersebut menggenggam erat tangan masing-masing dan berjalan pulang dengan hati yang riang, juga tanpa sebarang kata. Setibanya di rumah masing-masing, kedua-dua teman tersebut meleraikan genggaman tangan, memandang ke dalam mata masing-masing, mengukir senyuman dibibir dan melambai kepada satu sama lain. Ini juga berlaku tanpa pertuturan kata tetapi dalam hati masing-masing, terbit perasaan kasih dan sayang terhadap teman masing-masing."

Maksud tersirat yang ingin saya sampaikan kepada anda semua adalah untaian kata tidak merupakan kewajipan sekiranya kita ingin menyatakan betapa bersyukurnya kita terhadap teman kita. Sebaliknya, keikhlasan kita berkawan dan betapa bersyukurnya kita dikurniakan dengan teman yang baik akan menyerlah menerusi pandangan mata, senyuman, persefahaman dan yang paling penting hati kita.

"Selamat Berkawan"


Diari Cinta: Episod Tujuh.........


Wahai diari,
Kau pengubat rindu dikala aku dihanyut malam nan gelap. Hadirnya dirimu memberikan memori indah, membelai jiwa sepi ini. Tika dedaunan berguguran dan dahan kerapuhan, kau hadirkan bunga-bunga cinta...

3 September 2011, 12.45 pagi.....
Love ends when you stop hoping.

3 September 2011, 8.15 pagi......
Love is alive when you keep hoping.

4 September 2011, 10.35 malam....
Suatu hari kau kan mengerti siapa yang paling mencintai.

5 September 2011, 12.26 pagi......
I love her for no reasons. I will not leave her unless I have million reasons.

5 September 2011, 5,52 petang.....
Kita bersua untuk berduka.

5 September 2011, 9.08 malam....
Rinduku umpama pantai tak bertepi namun sayangnyatak bersahut dek insan yang disayangi.... Inilah kisah hidupku.

6 September 2011, 1.09 petang....
Awan berarak mega tatkala cinta semakin sirna.

8 September 2011, 11.45 pagi......
Aku mencari cinta walhal ia sudah di depan mata.
Aku menjejak kasih walhal ada insan yang tak pernah menyisih.

Butanya naluriku, tak menghargai insan yang mengagumiku.

9 September 2011, 9.34 malam.....
Apakah wujud definisi cinta yang salah? kerna mencintaimu bukan suatu khilaf.

10 September 2011, 12.22 tengah hari......
Suratan tuhan kita di sini, menukil crita tentang kita.
Dan di setiap helaian nafas cerita ini, dibawa bersamanya takdir fitrah terindah.
Lantas walau kau tiada disisi, ku tetap dapat rasakan kewujudanmu dalam sanubari ini.

10 September 2011, 4.11 petang.....
She's the one that stole my heart and doesn't want to return it.

14 September 2011, 7.20 petang.....
Dalam gelora syahdu, ku harap dikau hadir mengubat rindu.

16 September 2011, 6.oo petang......
Entah bila kan ku merindu pada yang sudi dan memberi cinta pada yang pasti. Akan ku nanti.

26 September 2011, 7.51 pagi.......

Biar senyum terukir di bibir, tak siapa menduga ku sedang menderita.

26 September 2011, 10.10 pagi.....

Tinggalkan aku, bila itu bisa membuatkan kau bahagia.
Lupakan aku, bila itu adalah yang terbaik buatmu.
Biarkan ku tahu, aku tiada makna dalam hidupmu.


28 September 2011, 6.03 petang......
Dalam + gelora + sepi + kuharap + kau + hadir + meniup + irama + simfoni + seruling + agar + hatiku +tak + lagi + sunyi.

29 September 2011, 8.14 malam.....

Akhirnya aku pasrah, Aku padanya bukan sesiapa.

30 September 2011, 5.55 petang....
Ku damba mawar yang tak pudar warnanya walhalku kumbang nan lemah patah pula sayapnya.


*Nukilan yang indah bahasa ini merupakan nukilan hati seorang jejaka bernama SJP.

Thursday, September 15, 2011

ceritera bergambar seorang guru pelatih......


Mari kita dengar ceritera seorang guru pelatih mengenai kehidupannya sebagai seorang guru pelatih selama dua bulan bermula 3 Jun 2011 sehingga 25 Ogos 2011...


Semuanya bermula di Sekolah Kebangsaan Demit 2, Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan Darul Naim....


Ini menunjukkan betapa sibuknya seorang insan bergelar guru....


Nak buat Alat Bantu Mengajar kan..........


Buku ini untuk menghilangkan rasa mengantuk pada waktu pagi....


Baca novel pun best time bosan-bosan ni....

Kaler-kaler bila dah bosan.... Kononnya nak tunjuk yang teacher dorang ni sorang yang kreatif.

Mewarna menghilangkan segala rasa bosan yang bersarang di jiwa.....


Layan lagu bila berasa bosan di Bilik Guru dan tika berasa tension nak tulis Rancangan Pengajaran Harian.


Terima kasih Afaf. Teacher akan makan sampai habis walaupun teacher tak suka coklat.


Ni kad raya a.k.a kad perpisahan yang student bagi.. Ada yang siap menangis tapi cover. Janganlah nangis. Kalu tidak, teacher pun akan turut menangis.


Kata budak," Inilah teacher chew!" Sangat sweet



Inilah adriana aisyah yang menjadi kesayangan saya. Cantik, manis dan bijak. Pakej lengakap!


Si cantik lagi manis. Teacher paling rindu adriana. Teacher paling berat nak lepaskan adriana pada hari terakhir teacher praktikal.


Yea, yea, yea.... Korang memang handsome. Kalau teacher tak kata korang handsome, korang tak akan lepaskan kamera teacher.........


Korang ni dah besar.. Rajin-rajinlah belajar yea.... Jangan selalu mesej ngan teacher je...


Kenapa korang tiba-tiba peluk teacher? Teacher rasa sedih dan terharu. Nasib baik teacher dapat kawal sendu teacher.


Teacher sayang sangat pada korang semua....... Entah bila lagi boleh teacher jumpa korang, teacher pun tak taw? Teacher tak berani nak janji. Nanti kalau teacher dah janji tapi tak dapat tunaikan janji teacher, korang mesti kecewa........ Maafkan teacher, sayang-sayang sekalian...

Kami nak "post" comey jap.........



Sunday, September 4, 2011

Diari Cinta: Episod Enam.........


Wahai diari,
Kenapa ditika adanya cinta, harapan memusnahkan segalanya? Tidak perlu lagi untuk aku ceritakan segalanya tentang diri aku tika kamu yang tidak pernah ambil tahu, tidak pernah mengerti......


2 Ogos 2011, 3.15 petang......
Aku tetap disini, menanti kau yang hadir padaku.

2 Ogos 2011, 10.24 malam......
Akhirnya aku pasti, pertemuan dengannya tidak lebih sekadar memori. Bukan untuk bersama, namun sekadar untuk bersua.

3 Ogos 2011, 8.23 malam....
No one deserves your tears and he that deserves them will never make you cry.

4 Ogos 2011, 7.56 pagi....
Mengapa harus rasa kehilangan walhal tal pernah memiliki.

5 Og0s 2011, 7.48 pagi.....
Aku bukan pilihanmu, itu adalah nyata.

7 Ogos 2011, 7.08 pagi.....
Tatkala angin berpuput lalu, lantas menerjah ingatanku padamu.

7 Ogos 2011, 7.31 pagi......
Kau beri aku kesejukkan, tapi hatiku bimbang.

7 Ogos 2011, 8.09 pagi.....
Waktu terus berlalu pergi, walhal aku dan dirimu masih begini. Namun, aku tetap pertaruhkan pada harapan yang tak pernah pasti.

7 Og0s 2011, 10.14 pagi.....
Kau tanya apakah aku bisa membuka hatiku untukmu. Ku tak bisa berkata apa-apa, hanya air mata yang berbicara.

9 Ogos 2011, 12.38 pagi.....
Biar jiwa parah merintih, biar meratap aku bersedih, selagi ia adalah keranamu.

13 Ogos 2011, 10.30 malam.....
Anganku padanya umpama mimpi dalam mimpi. Bukan sahaja tidak realistik malah aku perlu sedar aku hanyalah _ _ _ _ _ _ yang tak punya apa-apa untuk si dia damba.

14 Ogos 2011, 11.16 pagi....
Esok ataukah nanti, kau akan bersamaku?

14 Ogos 2011, 11.18 pagi....
Ku takkan pernah cuba menghentikan langkahku mencari cinta.

14 Ogos 2011, 4.16 petang.....
Aku tidak lagi keliru dan aku tak mahu tahu yang manakah biru mahupun kelabu. Yang pasti, aku harap awan-awan itu, bawalah kedukaan jauh dari aku, agar cintaku pada si dia bersemi selalu.

16 Ogos 2011, 1..31 pagi....

Perginya aku agar kau tak lagi diburu cinta butaku.

16 Ogos 2011, 1.44 pagi....

Akan ku pujamu dalam diam. Tak akan ku humban perasaan ini biar terpendam.

19 Og0s 2011, 6.26 pagi.....
Semoga seri kuntuman pagi nan mekar persis senyuman manismu.

19 Ogos 2011, 9.10 pagi.....
Awan di penjuru dunia seolah melambai hiba memberi petanda bahawa tiada lagi ruang untuk cinta hadir membelai jiwa. Lantas aku palingkan wajah memandang awan lain walau hakikatnya aku tetap berharap awan tadi kan berubah warnanya.

22 Ogos 2011, 4.41 petang.....

Aku terlalu mengagumi. Aku terlalu sukakannya. Tak dapat ku bayangkan andai takdir memang harus tidak bersama tapi inilah hakikat cinta. Indah pada pandangan mata walhal bisa mengundang kecewa.

22 Ogos 2011, 5.56 petang.....
The hardest part of dreaming about someone we love is having to wake up.

22 Ogos 2011, 6.00 petang......

If I have the ability to let you see yourself through my eyes, only then you know how special you are to me.

25 Ogos 2011, 12.28 tengah hari.....

This love is never meant for me but I keep on smiling.

25 Ogos 2011, 12.40 tengah hari.....
Tak ada sedikit pu sesalku kerna masih bertahan dengan cinta ini.

25 Ogos 2011, 9.34 malam....
Andai beralah adalah jawapan yang terbaik, biarlah aku membawa pergi bersama cinta yang masih berbunga harapan.

27 Ogos 2011, 12.15 tengah hari....

Penantian ini panjang tetapi ketabahan ku perlu kekal tuk terus berjuang demi sebuah perhubungan sesama insan.

27 Og0s 2011, 6.10 petang.....

If you want me to reveal my feelings in words, I don't think I am able to do so.
It's too long to write it down. I therefore be in silence, with the hope that you will understand it silently.

28 Og0s 2011, 10.58 malam....
Lihatlah dirimu melalui kaca mataku nescaya akan kau tahu betapa istimewanya dirimu dalam hidupku.

29 Ogos 2011, 12.04 pagi....

Suatu hari nanti, kan ku berhenti berlari walau hati ingin mengejar lagi.

29 Ogos 2011, 6.54 pagi....

Hujan pagi ini membasahi bumi. Lantas ku berharap agar air mata tak akan membasahi pipi bersama dengannya.

31 Ogos 2011, 5.34 petang....

Andai aku lupakan dia, adakah aku di pengkhianat cinta? Walhal apa yang aku lakukan adalah agar si dia bahagia bersama insan kesayangan.


*luahan hati jejaka bernama SJP yang ada tikanya sayu dan ada tikanya duka............ Cintanya pada si dia terlalu agung............



Tuesday, August 23, 2011

L.O.V.E

Love is complicated. Love is like a never ending story. A story, a tale that never ends. Do I believe in love? Yes, I do. Have I ever been in love before? Yes, I have. Have I ever been in a relationship?
No, I have not. Not just yet. Like I have said earlier, LOVE IS COMPLICATED.


Love may "look good" on the outside but not necessarily in the "inside".

Ever wondered how to measure how much you love someone? Read the following....

" How much you love someone is not measured by how many gifts, how often you text each other or how often you call each other. How much you love someone is measured by how much you misses each other. how much you think of each other and how much you care for each other. In short, how much you love someone is MEASURED by the HEART...."

Why am i writing this? Hmmm..... I am not asking for more. I am only hoping that the person I love reads this............ I hope he will, one day, see the sincerity and accepts it............. For now, it will be "So long, dear L.O.V.E"

Thursday, August 18, 2011

ku tetap menanti ........



Sedarkah kamu di tiap kali kamu bilang cinta padanya, hati ku hancur? Khilafku kerna alpa.. Khilafku kerna terlalu menyanyangi dirimu.. Khilafku kerna amat mencintai kamu.. Khilafku kerna membiarkan hatiku dijerat kamu...... Aku akui bicara hati dan soal hati amat sukar dimengertikan. Amat sukar untuk dihuraikan satu-persatu. Amat mengelirukan ada tikanya bila kita tidak tahu apa yang harus diungkapkan. Meski aku percaya semua perasaan ini akan lenyap bila tiba masanya, bila hati ini terlalu kerap dilukai dan dikecewakan, AKU TETAP MAHU MENANTI. Kadangkala, aku mahu sahaja membenci dirinya. Namun, hati ini tidak membenarkan kebencian itu menerjah ke dalam hati. Akhirnya, aku tetap dijerat oleh ikatan kasih dan sayang. Pada ketika ini, hanya ada sebuah lagu sahaja yang dapat menggambarkan segala perasaan dan rasa hiba serta sayu di dalam hati.. Aku hanya berdaya berharap agar kamu akan mengerti dan menyedari segalanya yang terbuku di hatiku sekiranya kamu terbaca nukilan terbaru saya.
Kutetap Menanti
(Nikita Willy)

Meski dirimu bukan milikku
Namun hatiku tetap untukmu
Berjuta pilihan disisiku
Takkan bisa menggantikanmu

Walau badai menerpa
Cintaku takkan ku lepas
Berikan kesempatan untuk membuktikan
Ku mampu jadi yang terbaik
Dan masih jadi yang terbaik

Ku akan menanti
Meski harus penantian panjang
Ku tetap setia menunggumu
Ku tahu kau hanya untukku

Biarkan waktuku
Habis oleh penantian ini
Hingga kau percaya betapa besar
Cintaku padamu ku tetap menanti

Walau badai menerpa
Cintaku takkan ku lepas
Berikan kesempatan untuk membuktikan
Ku mampu jadi yang terbaik
Dan masih jadi yang terbaik

Meski dirimu bukan milikku
Namun hatiku tetap untukmu

*semoga kamu akan mengerti keikhlasan hati ini suatu hari nanti..............

Tuesday, August 16, 2011

yeah, yeah, yeah!!!




Blog Bicara Kalbu Sekeping Hati........... Di Blog dan juga Buku.................

Thursday, August 11, 2011

terima kasih teacher............


Teacher,
terima kasih kerana memberikan kasih sayang kepada kami.
Kamik sayang juga pada teacher.............

~kenangan terindah mengajar Pendidikan Muzik di Tahun 2 Bestari. Terima kasih Farisha. Teacher pun sayang juga pada Farisha.~

Saturday, July 30, 2011

di penghujung jalan.... versi anak rantau

anak kecil belajar merangkak,
dari sejengkal dengan tabah mengapai jarak,
anak kecil belajar berjalan,
tapak demi tapak diambil perlahan.

penghujung dunia mungkin dah sampai,
dasar lautan mungkin dah gapai,
walau jauh mata memandang liku jalan,
selekoh simpang dilupa jangan,
penghujung jalan bukan penghujung perjalanan.

merantau jauh anak desa,
jauh merantau ayah ibu jangan dilupa,
siapa kata hidup sendiri,
ramai menanti sapa kanan dan kiri.

fikiran runsing akal berputar,
tubuh kaku mata meliar,
lapangkan minda mata hati dibuka,
dikesal jangan memori ditempa.

renung2kan dan selamat beramal.. hehehe

nukilan ini adalah sekuel kepada penghujung jalan......... siapakah gerangan anak rantau?

Friday, July 29, 2011

Diari Cinta: Episod Lima.........

Wahai diariku,
kenapa ada tikanya cinta itu hanya berdaya bersarang dalam hati. Tiada upaya untuk dibicarakan.

4 Julai 2011, 9.09 malam....
Ku tunggu, kau ku tunggu.
Ku nanti, kau ku nanti.

4 Julai 2011, 9.28 malam....
Jalan hidup kita berbeda,
Aku hanya pencinta yang tiada keberaniannya.

6 Julai 2011, 6.36 pagi.....
Khilafku kerna mencintaimu.
Silapku kerana tidak meluahkan padamu seawal dulu.

6 Julai 2011, 8.25 pagi...
Aku diperbodohkan oleh harapan palsumu padaku.
Namun, cintaku padamu tetap benar.

6 Julai 2011, 10.32 pagi......
Ku terluka kerna ku cinta.
Ku menangis mengenang cinta nan tragis.

6 Julai 2011, 4.23 petang....
Betapa kau ku cinta, kau akan ku jaga.

7 Julai 2011, 7.42 pagi....
Gugusan rindu itu ku lontar jauh, biar ku tahu aku telah berputus-asa.

7 Julai 2011, 10.14 malam....
Hati wanita begitu sukar tuk diselami apatah lagi andai si dia pernah dilukai.

8 Julai 2011, 6.10 pagi...
Ku ratap cintamu dalam sepi, ku angan hatimu dalam mimpi.

8 Julai 2011, 8.12 pagi....
Ku sampaikan pesan pada sang bayu agar dikau bahagia selalu.
Namun, kau pergi tanpa pesanan, tinggalkan aku tidak keruan.

8 Julai 2011, 11.46 malam....
Ku intai cinta dalam rahsia.
Harap dia mengerti.
Andai tidak, terluka hati.

9 Julai 2011, 6.30 pagi.....
Lamunanku padamu sebenarnya menerjah ke hadapan masa depan.

11 Julai 2011, 11.31 malam.....
Gerimis hati mengundang resah tatkala luka kian parah. Lantas aku kini pasrah.

12 Julai 2011, 7.37 petang......
Kali ini aku nekad,
hati ini aku pasti.
Aku harus melupakanmu,
dan memilih dia yang setia menantiku sejak dari dulu.

12 Julai 2011, 8.33 malam...
Ku simpan rindu di hati,
gelisah tak menentu.

13 Julai 2011, 6.43 petang.....
Cintaku cinta di dalam hati,
mengagumi tanpa dicintai.

16 Julai 2011, 10.14 malam......
Aku baginya bukan sesiapa,
hadirku tidak membawa sebarang makna,
lantas biarkan ku pergi bersama cinta,
berkelana dengan harapan binasa.

17 Julai 2011, 9.08 pagi.....
Maafkan daku kerna mendambakan kekasih hatimu.

17 Julai 2011, 8.17 malam......
Cintaku sememangnya dari dulu adalah untukmu,
namun cintamu tak pernah bersemi untuk ku.

17 Julai 2011, 11.04 malam......
Ku semat rindu di hati,
ku panjat doa di sanubari,
agar kau bahagia setiap hari,
tak mengapa walau ku bersedih,
menanggung kedukaan yang pedih.

19 Julai 2011, 10.43 malam.....
Aku peraih simpati cinta si dia.

20 Julai 2011, 8.58 malam.....
Aku menaruh harapan,
aku pendam perasaan,
hanya untukmu insan tersayang.

27 Julai 2011, 2.10 pagi.....
Ku semai rindu buatmu walhal dikau tak pernah lakukan itu untukku.

30 Julai 2011, 4.26 petang.....
Mulai saat ini, aku belajar untuk tidak dicintai,
ku mula mengerti betapa aku harus membawa diri.


* nukilan seorang jejaka tabah bernama SJP.............

Tuesday, June 28, 2011

di penghujung jalan....


langkah yang terhenti diatur semula,
jantung yang terhenti berdegup semula,
nafas yang terhenti dihirup semula,
hadirmu bagaikan suratan ,
melengkapkan langkah yang terhenti.

kau suluhkan sinar petunjuk,
memberikan cahaya dalam kegelapan,
kau ukirkan senyuman,
menghadirkan bahagia dalam duka,
kau melengkapkan semua kekurangan.

sentiasa ku yakin hadirmu suratan,
sentiasa ku abaikan hadirmu kebetulan,
sentiasa ku yakin kerana kasih,
sentiasa ku yakin kerana sayang,
sentiasa ku berjanji kerana cinta.

langkahan kaki ini ku lajukan,
berlariku ingin menggapai cinta ini,
semuanya hanya kerana kasih dan cinta,
namun jari-jemari ini tidak berdaya menggapai cinta,
terhenti langkahan ini tika di penghujung jalan,
tersungkur aku bila hilangnya bayanganmu,

di penghujung jalan ini,
aku keseorangan, aku keliru,
di penghujung jalan ini,
aku bingung, ke mana harus aku tuju?
di penghujung jalan ini,
haruskah aku pasrah menerima suratan?
di penghujung jalan ini,
aku gusar, apakah aku sebenarnya dalam kamar mimpi?

Saturday, June 25, 2011

Diari Cinta: Episod Empat.........


Wahai diari,
Kaulah teman setia ditika aku kesedihan dan memerlukan seorang teman untuk berbicara mengenai keperitan yang bersarang dalam hati.....

6 Jun 2011, 10.08 pagi....
Ku damba bintang kejora walhal aku insan biasa,
Ingin ku petik mawar berduri, terluka jari merana diri.

6 Jun 2011, 6.33 petang...
Akan ku tunaikan janji untuk melamarmu wahai puteri,
Sekali itu ku kata cinta, selama mana kau ku puja.

8 Jun 2011, 11.16 pagi.....

Tangisan rindu berbunga harapan tika senja mengorak lalu.

8 Jun 2011, 6.09 petang....
Ku padam api sendu, ku semai kuntuman rindu.

9 Jun 2011, 12.33 pagi....
Cinta tak terungkap,
Kasih tak terucap,
Itulah kisahku.


9 Jun 2011, 7.44 pagi...
Ku lontar jauh kenangan silam,
tatkala cinta seakan kelam,

demimu kasih cinta ini akan tetap ku pendam.

10 Jun 2011, 12.03 pagi.....

Cintaku umpama kekaltu yang mengagumi sinaran lampu.
Terkubur mati tatkala berdansa di bawah pancaran cahaya.

11 Jun 2011, 8.25 pagi...
Tatkala aku membawa diri,
sebenarnya aku bukannya pergi,
cuma aku mendustai diri betapa kononnya,
dirimu aku tidak perlu lagi.

11 Jun 2011, 11.34 pagi.....

Kegembiraanmu adalah kebahagiaanku.
Air matamu adalah luka di hati.

12 Jun 2011, 11.34 pagi....
Telah ku bicarakan pada ombak betapa aku cinta padamu.
Telah ku acap pesan pada angin betapa dirimu aku rindu.

13 Jun 2011, 8.23 malam....
Ku renung matamu,
ku puja namamu,
walau kau tak pernah tahu.


14 Jun 2011, 12.44 pagi.......
Ku singkap cinta dalam diam, ku luah kata dalam pejam.

14 Jun 2011, 5.10 petang....
Walau sekadar dapat menyentuh bayangmu, itu sudah membahagiakanku.

15 Jun 2011, 3.20 petang.....
Bila kau jauh, aku selalu cemburu.
Bila kau dekat, aku buat-buat tak tahu.

16 Jun 2011, 4.52 petang.....
Jangan lagi bertanya tentang semalamku, kerna semuanya adalah tentang dirimu.

16 Jun 2011, 5.09 petang...
Ku percaya pada cinta,
kerna ia bukan rekayasa,

tapi hakikatnya yang sungguh nyata,
jantung berdegup tatkala dirimu di depan mata.

16 Jun 2011, 9.42 malam......
Aku cinta pada pujaan.
Aku rindu untuk berteman.

28 Jun 2011, 2.30 petang.....
Andai ku sulam rindu pada hati, ku khuathir akan membelit diri.

29 Jun 2011, 12.31 pagi......
Ku tak mahu lagi menghitung bintang, ia seakan sia-sia.

* Helaian cinta dalam diari ini adalah luahan hati seorang jejaka bernama SJP.....

Diari Cinta: Episod Tiga.........


Wahai diari ku,
Izinkan ku lakarkan kenangan di laman ini.

8 Mac 2011, 10.02 malam......
Akhirnya aku lepaskanmu pergi tetapi ku tetap harap kau berpaling padaku lagi lalu mengubah kepastian hati.

9 Mac 2011, 9.09 malam........
Tatkala hati dirundung sepi, akhirnya aku tak sanggup lagi mengejar bayang-bayangmu.

11 Mac 2011, 7.02 petang......
Walau cintamu tak sejinak merpati, namun menjeratmu akan ku cuba sedayanya kerana aku percaya pada sinar kejora.

14 Mac 2011, 11.23 pagi........
Cintaku tak seperti embun pagi, resah bila munculnya mentari. Cintaku mekar persis si bunga, indah dipandang berseri dipuja.

17 Mac 2011, 7.32 petang.......
Andai pada masa depan kita akan bertemu lagi, mungkin saat itu kau bahagia bersama si dia. Namun mendambakan kasihmu itu adalah pasti kerana sekali ku mencinta, selamanya ku memuja.

3 April 2011, 11.35 pagi........
Ku peluk jasadmu dalam bayangan. Biar tak terasa, namun ku bahagia.

17 April 2011, 6.22 petang..........
Angin menderu sepi, unggas membatu sepi. Tatkala kau melangkah pergi, tinggalkan aku sendiri.

21 April 2011, 1.13 pagi........
Ku peluk bayangmu, itu bahagiaku. Ku kejar selagi mampu, itu memang janjiku.

21 April 2011, 1.24 pagi.........
Sekali ku ungkap kata cinta, selama-lamanya namamu bertakhta.

24 April 2011, 10.10 malam.......
Tak pernah aku mencuba dan tak ingin isi hatiku dengan cinta lain.

25 April 2011, 10.33 malam......
Andai bulan dipagari bintang, sungguh indah pabila dipandang. Pabila kasihmu dipaut asmara, biar ku jadi pencinta setia.

25 April 2011, 11.00 malam.....
Love me the way i am and i will love you the way you are.
Love mw for who i am and i will love you for who you are.

26 April 2011, 7.55 pagi.............
Umpama badai menghempas pantai, tak akan ku berhenti mengangumimu.

*Laman ini melakarkan madah-madah cinta seorang jejaka bernama SJP............

Thursday, June 23, 2011

Diari Cinta: Episod Dua


Wahai diari ku,
Rasa cinta kasih yang sukar terluah ada tikanya menjadi racun dan madu di hati......

4 Januari 2011, 1.22 pagi.....
Ku selalu terbayang bahawa dirimu datang menemani siangku dan mengulit mimpi-mimpi malam hariku. Walau tidak seindah realiti, namun ku pasrah dengan suratan ini .

17 Januari 2011, 12.50 pagi.....
Belajar untuk mencinta. Belajar juga untuk dibenci.

17 Januari 2011, 2.30 pagi.....
Pabila kita menyatakan cinta, bersedia juga untuk dibenci. Andai respon meruntun jiwa, anggaplah cinta itu keikhlasan hati.

17 Januari 2011, 7.03 petang....
Betapa kau cinta, namun masih tidak memiliki. Jangan pula anggap cinta itu satu kenangan untuk diratapi.

24 Januari 2011, 5.53 petang....
Akhirnya cinta yang dicari tak lagi ditemui. Semakin ku kejar, semakin jauh cinta berlari. Semakin kuat gelora hati, semakin jauh kau membawa diri.

3 Februari 2011, 11.34 malam....
Jangan dikira kerdipan bintang di langit. Cukuplah pabila dihayati indahnya sinar bulan di angkasa.

4 Februari 2011, 7.32 petang...
Tatkala menghirup udara pagi, termanggu aku sendirian betapa cinta itu bukan untuk aku.

4 Februari 2011, 11.15 malam.....
Andai hati terguris rindu, mengapa dibiar luka berdarah?

4 Februari 2011, 11.17 malam....
Menggubah sekuntum memori untuk dihadiahkan kepada puteri idaman.

5 Februari 2011, 7.41 pagi......
Kan ku terus berlari meskipun luka ini masih terasa. Kan ku terus mencari walau seakan kita tidak akan bersua.

5 Februari 2011, 7.51 pagi.....
Sejauh mana sekalipun aku berlari, ingatanku padamu menghantui diriku. Aku tidak mengerti dan tidak ku mampu lagi menahan gelora hati ini.

5 Februari 2011, 10.13 pagi......
Biar ku ungkapkan kenangan lalu. Takkan terlerai dihempas bayu.

9 Februari 2011, 9.49 pagi......
Aku rindu kamu, itu bukan tipu. Aku cinta kamu, aku tidak pernah keliru. Menunggumu, itulah janjiku.

9 Februari 2011, 3.53 petang.....
Hati terguris, jiwa merintih. Andai inilah harga menyintaimu, aku tetap sanjung.

10 Februari 2011, 6.44 pagi.....
Tatkala bulan merenung sepi, awan ceria memanyungi insan. Tatkala cinta mula bersemi, semakin lama memendam rasa.

13 Februari 2011, 8.40 pagi....
Ku malu pada mentari tatkala melihat pelangi. Ku malu pada rembulan dikala mengira sinaran bintang.

13 Februari 2011, 10.02 malam....
Walau bayu menghembus perlahan, walau badai tidak berteman, jangan digugat ikatan perhubungan.

* Kesemua bingkisan cinta yang menusuk kalbu ini merupakan nukilan seorang jejaka bernama SJP.....

Tuesday, June 21, 2011

Diari Cinta: Episod Satu


Wahai diari ku,
Izinkanlah aku mencatat isi hati dan nukilannya di dadamu. Bingkisan cinta yang indah datangnya dari hati yang tulus dan wajah yang mulus.


26 Oktober 2010, 11.37 malam......
Rinduku umpama ombak ganas yang menghempas pantai. Kasihku tak keruan laksana tiupan bayu tiada menentu.

3 November 2010, 12.55 pagi........
Dalam gerimis syahdu, ku harap dapat lihat warna-warni senyumanmu. Dalam merungkai gelora badai, ku harap dikaulah nakhoda penyelamat nyawa.

3 Novemver 2010, 12.59 pagi.......
Hujan lebat malam ini, dikala ku sendiri cukup menggamit anganku padamu. Tatkala insan lain lena dibuai mimpi, aku masih menaruh harapan pada asmara yang tak pernah pasti.

26 November 2010, 4.37 petang.....
Walau kau tak dapat aku petik, memadailah pabila kau pernah menjadi bintang di langit hidupku.

12 Disember 2010, 1.24 pagi..........
Sunyi diselubungi malam,
mengusik minda yang terlontar jauh,
aku rindu padanya.

12 Disember 2010, 9.24 pagi.......
Bayu,
sampaikanlah berita bahawa daku kini ceria, aman dan bahagia.

12 Disember 2010, 9.31 pagi........
Andai kata kali ini, aku tak dapat meluahkan lagi rasa cinta yang bersemi, maka benarlah aku hanya pencinta yang manis madahnya. Namun gagal menjadi sebenar-benarnya pencinta.

12 Disember 2010, 9.39 pagi........
Tatkala aku terjatuh, pimpinlah aku.
Tatkala aku tersungkur, papahlah aku.
Tanpamu, aku ibarat insan yang siangnya tanpa bayang-bayang dan malamnya tanpa sinaran cahaya.

12 Disember 2010, 9.48 pagi.....
Jangan sesekali pergi dariku kerana andai kau tiada lagi, mahu aku biarkan aku yang menghilangkan diri. Tenggelam dalam badai cinta, lenyap dalam gelora sepi.

12 Disember 2010, 9.56 pagi.....
Biarkanlah aku terus jadi pemuja hati walaupun tak pernah dapat tuk menilai.

12 Disember 2010, 10.01 pagi....
Hembusan angin yang sangat perlahan membuat aku tak keruan menanti sebuah jawapan yang hadirnya lewat untuk menyapa perasaan.

12 Disember 2010, 10.34 pagi....
Andai panorama cinta itu indah,
mengapa ia memanah hatiku?
Andai bisikan cinta itu puitis,
mengapa hatiku terguris rindu?

14 Disember 2010, 2.31 petang....
Wahai sang angin,
nyanyikanlah lagu rinduku padanya,
sampaikanlah salam kemaafan buatnya,
yang kini tak lagi aku kejar.

22 Disember 2010, 12.38 pagi.....
Aku mengejarmu walau kaki ini tidak sekuat dulu.

22 Disember 2010, 6.58 petang.....
Hujan mengingatkan aku pada kenangan bersamamu tatkala kita meredah titisan sengsara, tatkala itu juga kita menagih sekelumit rasa cinta.

*Madah-madah cinta ini adalah nukilan seorang jejaka bernama SJP..........

Sunday, June 19, 2011

lupakan saja kecewa itu.............


Kembara cinta ku jejaki,
terbawa diri ke benua cinta,
mencari cinta menjadi misi,
apakah aku punya daya?

mencari cinta misi murni,
daya upaya bukan ukuran,
kuatkan azam cekalkan hati,
moga bertemu putera idaman.

si putera menjadi idaman,
segak bergaya terpikat adinda,
kakanda sentiasa menjadi dambaan,
berduanya kita bahagia selamanya.

jika diri dambaan milik puan,
kebahagiaan masih ditangan Tuhan,
tetapkan arah pastikan tujuan,
agar cinta tidak sesatkan perjalanan.........

*hasil usahasama saya dengan seorang rakan yang segak lagi bergaya, En. Hazwan....... Ternukilannya pantun empat kerat (haha........... pantun tuuuu) ini tepat pada jam 11.20 malam, pada 6 jun 2011........ TERIMA KASIH sir!


p/s: ini sesuatu yang baru........ pada saya, pantun ini tidak hanya bertemakan kepada misi mencari cinta oleh seorang pengembara cinta semata-mata..... pantun ini turut menyedarkan pembaca bahawa sesungguhnya sedalam mana perasaan kita pada seseorang, kebahagiaan kita masih di tangan Tuhan.. Oleh itu, jangan sesekali biarkan cinta mengalpakan anda.... Seandainya kita dikecewakan cinta, jangan sesekali biarkan diri kita dijerat cinta......... Anda mungkin bermonolog dengan diri anda sendiri, "Aku cuba lupakan kecewa tetapi aku tetap terjerat dengan cinta".... Lupakan semua itu kawan-kawan...... Lupakan......... dan tolong lupakan cinta yang tidak kesampaian itu bersama-sama dengan saya........ GAMBATEH!

Sunday, May 15, 2011

sepasang kaca mata.............bicara HARI GURU.......



sepasang kaca mata merenung bulan,
sepinya hati ditemani bunyi aliran sungai,
sunyinya diri ditemani unggas malam,
otak ligat mengarang tika damai temani diri.......

sepasang kaca mata merenung bulan,
cahaya bulan sedang bermain dengan sungai,
terimbau kembali kenangan suatu tika,
saat aku dan dia............

sepasang kaca mata ini merenung dirinya,
sepasang kakinya pernah mengejar diri ini,
sepasang tangannya pernah membangunkan diri ini,
sepasang matanya senantiasa mengawasi diri ini,
sepasang telinganya senantiasa mendengar luahan diri ini,
bait katanya pernah menyedarkan diri ini,
hatinya pernah menyanyangi diri ini...

sepasang kaca mata ini merenung dirinya,
tampan, segak bergaya,
manis, lembut tutur bicaranya,
diri ini telah jatuh cinta padanya,
erat jari-jemarinya digenggam,
dilerai tidak mungkin..........

sepasang kaca mata ini merenung jauh,
dirinya menabur bakti, menunaikan amanah,
dirinya menabur bakti, bangunkan bangsa,
dirinya menabur bakti, majukan negara.............

sepasang kaca mata ini merenung jauh,
berdoa dipertemukan kembali dengan dirinya,
yang banyak berjasa, berbakti,
mohon diampunkan segala kekurangan,
mohon diampunkan segala kekhilafan........




Thursday, May 12, 2011

masa berlalu pantas..........




masa berlalu pantas,
tanpa ku sedari,
hari telah dipenuhi unggas,
malam hari menggantikan sinar mentari....

masa berlalu pantas,
tanpa ku sedari,
telah seharian empangan air ini menitis,
tika diri mengimbau kembali memori....

masa berlalu pantas,
tanpa ku sedari,
sudah lama perpisahan ini,
sudah lama ku menyendiri...

masa berlalu pantas,
tanpa ku sedari,
tika buku kenangan diselak,
sekeping potret mu terjatuh.....

masa berlalu pantas,
tanpa ku sedari,
potret mu ini telah lusuh,
meski lusuh, tetap abadi senyum mu itu...............

Saturday, May 7, 2011

unspoken.........


colors of black and white,
sobs of sadness,
still lingers in my mind,
never can i forget,
never can i let go,
the thoughts and memories i have in me,
let it be unspoken.................

Friday, April 22, 2011

never a last..............




This is dedicated to my late grandma who passed away on 11 april 2011 at the age of 88.... She was a great lady with great determination.....This is for something i would like to dedicate to my beloved grandmother...... I want her to know that i will always love her and cherish every moment we had once had together............ i love you grandma......

i know it wasn't meant to
be written;
for it will hurt too much;
i am afraid to tell the world how great
you were once;
too scared that i will have to
stop my words and speak no more;
and resist writing another poem;
for i do not want to shed anymore tears.....

memories of you "haunt" me
every second of the day;
just like i wanted to;
just like i wished for;
i regretted the moments i toyed around with time;
not being there with you was my biggest mistake
my biggest sin....

i was going to tell you
how deep i had loved you;
how my heart ache to hold you close;
no... i never had the chance;
you went away;
you left me with only memories of you....

this way, i will always have you
and you will always have me;
i gave you my heart and
you gave me yours;
my heart is all yours;
all yours to keep.......

yes, i have moved on;
but at times
tears still stream down my cheeks
whenever memories of you came into my mind;
moving on doesn't mean
i have to say good bye;
doesn't mean i have to bid farewell;
i will always love you
but with a different way;
in the center part of my heart.....

i promise you;
there will never be a last poem for you;
my last poem will stay unwritten here;
i will write in in the clouds
and let the wind whisper it to you;
i will write in in my heart
and let my sincerity bring it to you;
lastly i will write in my every prayers
and let God read it to you.......

I WILL ALWAYS LOVE YOU GRANDMA (ah mah)

Wednesday, April 20, 2011

diari seorang guru.......


20.3.2011 - 14.4.2011
SEKOLAH KEBANGSAAN DEMIT 2

Kerjaya sebagai seorang guru sememangnya bukan semudah yang disangka. Praktikal selama sebulan sebagai seorang guru mata pelajaran Pendidikan Muzik di Sekolah Kebangsaan Demit 2 banyak memberi pendedahan kepada saya tentang realiti dunia pendidikan. Seperti lazimnya memang lumrah hidup, ada pengalaman manis dan pahit, kenangan indah dan yang tak seberapa indah, kisah suka dan duka serta memori yang menggamit perasaan.

Disini saya ingin selitkan beberapa keping gambar kenangan saya bersama warga pelajar sekolah ini.... (semuanya comel-comel).... hehehe

ini pelajar kelas 2C

ini kumpulan Nasyid sekolah!

wajah-wajah ceria kelas 1C

warga aktif kelas 3C

Setakat ini sahaja gambar-gambar yang boleh saya kongsi bersama dengan anda. hehe....... Sebenarnya ada banyak lagi gambar yang ingin saya kongsi bersama anda, tetapi saya rasa, kepingan-kepingan gambar kenangan ini sudah mencukupi...............

-erkkkkkkkk...... rasa macam kali pertama saya menggunakan bahasa baku dalam penulisan saya di blog ini..... kihkihkih........ MARILAH BERSAMA-SAMA KITA MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU! hihi

Friday, April 1, 2011

that man (ost of secret garden)


taking some time out of my busy schedule to BLOG! i have been listening or more appropriate "hooked" to this song for a very long time. let us have a look at the beautiful lyrics this song has to offer!

there is a man who loves you,
he loves you with all his heart,
he follows you around like a shadow everyday,
he smiles to the world and is hurting inside,
just how much longer should he look at you alone and continue this overwhelming love, this all consuming love?
how much longer will it take for you to love him?
just come a little closer to him,
he wants you with him, but you pull away,
that man is in pain whenever he is with you because he loves you...

that man has learned how to smile
because he has always been guarded,
that man's mind is full of sadness
because he has to keep his feelings to himself,
that man loves you because you are both the same,
you are both fools, a pair of fools,
can you hold him one more time before he go?
he wants to be loved by you,
his heart cries for you, always for you, but you do not hear and yet that man still waits for you.

Do you know i am the man?
you are pretending not to, are you?
you may not know because you are a fool.
just how much longer do i have to gaze at you alone with this overwhelming love, this crippling-like love
how much longer will it take you to love me?
just come a little closer to me
don't run away, stay here with me
that man is in pain whenever he is with you
BECAUSE HE LOVES YOU...................

Wednesday, March 9, 2011

akhirnya...


setiap kerdipan matamu,
membawa seribu makna,
setiap senyuman manismu,
seolah-olah ingin ku mengerti...

sungguh mesra kau dan aku,
bagaikan pasangan kekasih,
kita tersenyum, tertawa,
namun, ini semua angan semalam....

selalu kau bermadah,
aku sayang tapi belum cinta,
ini meluluhkan hati,
melukakan hati ini....

aku cuba,
untuk tidak mahu mengerti,
tidak mahu memahami,
memang khilaf ku.....

kini telah tiba saat itu,
hati dipaksa untuk menerima,
suratan takdir ini,
tidak bahagia,
menitisnya air mata....

akhirnya,
ku fahami tutur bicara mu,
ku fahami kata hati mu,
biar aku yang membawa diri,
berlalu pergi dengan sekeping hati yang telah terluka,
ku tidak bisa memiliki diri mu..........................

Tuesday, March 8, 2011

nostalgia..........


ingin ku miliki hatimu,
ingin ku miliki cintamu,
jauh di dalam lubuk hati,
ku sedari itu semua angan ku....

kau pelukis mimpi tidur ku,
kau warnai mimpi hati ku,
memori hari semalam,
kini menjadi nostalgia dalam diri....

masih ingin memiliki,
meski ku terluka,
ku harap akan terjalin kasih,
untuk selamanya,
dan tidak hanya nostalgia......

ku ingin miliki dirimu,
meski harus terluka,
ku mahu nostalgia ini menjadi nyata,
ku mahu sinar hatimu menyinari hidupku........

Friday, February 25, 2011

luahan hati



saya rindu kamu..... ini bicara yang benar.... pernahkah kamu rindu akan saya?


saya rindu kamu dan kerana itulah saya cintakan kamu. Saya cintakan kamu dengan sepenuh perasaan. Saya ikhlas. Kamu? Saya tahu kamu tidak pernah mencintai diri saya sebagaimana saya mencintai diri kamu. Sedihkan? Tetapi inilah hakikatnya...



Saya gugurkan satu-persatu kelopak bunga ini dalam kebingungan, tertanya-tanya sama ada adakah peluang untuk saya bersama kamu? Kelopak terakhir memberi jawapan yang menyedihkan. Saya masih mahu berharap kerana saya cintakan kamu. Hari-hari saya memikirkan diri kamu...


Pernah saya gubah sebuah lagau khas untuk kamu tetapi tidak pernah saya lagukan padamu. Lagu ini khas untuk kamu. Hanya untuk kamu. Mungkin kamu tidak akan mempunyai peluang untuk dengarkan lagu ini. Tetapi, ketahuilah bahawa lagu cinta ini adalah lagu kamu, lagu kita berdua...
Bercinta saya dalam diam, bermadah saya dalam sepi. Sungguh klise tapi amat benar...



Saya hulurkan hati saya tetapi tidak kamu terima. Saya hulurkan cinta saya tetapi kamu menolaknya. Saya hulurkan tangan saya tetapi kamu tepisnya. Ternyata benar sekali madah kelopak bunga. Saya dan kamu tidak ditakdirkan untuk bersama. Haruskah saya redha dan pasrah menerima takdir yang telah ditetapkan si kelopak bunga?


Cinta ini saya simpan dalam hati agar sentiasa dapat merasakan kehadiran dirimu disisi saya. Kerana takut akan perginya cinta ini, saya hapuskan segala perasaan yang pernah wujud dalam diri saya. Saya mahu hati ini hanya untuk kamu. Saya mahu kamu seorang sahaja yang memiliki hati ini. Sesungguhnya, kamulah pemilik hati ini.