Thank You!!!

Tuesday, June 19, 2012

My Nasyid Team: AS SYABAB....



"Kalau awak nak jadi seorang guru Muzik yang berjaya, awak kena sentiasa berusaha dan jangan sesekali mengalah atau takut untuk mencuba sesuatu yang baru. Anggap ianya sebagai satu cabaran buat diri awak" - En Kamaruddin bin Yusoff, IPG KKB

"You are a GREAT teacher Sook Wei" - Mr Mohd Iskandar Daud, IPG KKB

"Tahniah awak semakin berubah dan matang. Teruskan melakukan anjakan perubahan utk menjadi seorang guru cemerlang." - En Azizi, IPG KKB

As Syabab
Sebelum saya mengorak langkah menutur bicara dengan lebih lanjut , saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada En. Kamaruddin Yusoff, Mr Mohd Iskandar Daud dan En Azizi atas nasihat dan dorongan yang mereka berikan. Mereka merupakan pensyarah saya di IPG KKB yang senantiasa memberikan sokongan dan dorongan kepada saya.  Kata-kata semangat dan nasihat yang diberikan menjadi pegangan dan pembakar semangat kepada saya untuk terus maju ke hadapan. Terima kasih sekali lagi.

Semasa menjalani sesi praktikum fasa tiga di Sekolah Kebangsaan Tapang, saya dan "praktikum-mate" saya telah ditugaskan oleh Guru Besar sekolah ini untuk membantu guru sekolah membimbing pasukan nasyid sekolah ini, pasukan As Syabab. Tidak dinafikan yang saya sememangnya agak gementar dan berasa ragu-ragu kerana bimbang tidak dapat memberikan yang terbaik. Terima kasih atas kegigihan guru-guru dan ahli-ahli nasyid yang senantiasa memberikan komitmen 100%. Anis Huda (praktikum-mate saya), terima kasih! Pengalaman membimbing pasukan nasyid ini merupakan pengalaman paling manis dan merupakan kenangan yang paling indah. Segala penat lelah membimbing ahli-ahli pasukan ini akan hilang setiap kali mereka memberikan senyuman ikhlas yang datangnya dari hati yang suci dan wajah yang mulus senantiasa menenangkan segala kekusutan yang bersarang di minda. Gelagat comel dan kenakalan ahli-ahli pasukan ini sentiasa berjaya memukau hati saya. Kata-kata tidak mungkin boleh menceritakan segala-segalanya yang telah berlaku. Kadang-kadang, gambar-gambar foto boleh memberikan penceritaan dan gambaran yang lebih baik tentang apa yang telah berlaku.
Latihan nasyid -  khusyuk mendengar nyanyian ustazah

Penyanyi utama As Syabab



Bersama Cikgu Anis Huda
Bersama saya...... :)
Upacara penyampaian hadiah bagi Pertandingan Nasyid Sekolah-sekolah Rendah Pengkalan Chepa- Tempat kedua

Penyanyi solo terbaik! Tahniah!

Memenangi tempat ketiga dalam pertandingan nasyid Majlis Agama Islam Kelantan

Rakan seperjuangan yang turut membimbing pasukan nasyid sekolah masing-masing

Ucapan tahniah daripada guru sekolah

 

5 comments:

  1. Terima Kasih kerana mengingati kata2 saya

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. sama-sama encik... kata-kata encik menjadi pegangan saya. Jadi, tak mungkin saya akan lupakan pesanan encik ini :)

    ReplyDelete