Thank You!!!

Saturday, July 30, 2011

di penghujung jalan.... versi anak rantau

anak kecil belajar merangkak,
dari sejengkal dengan tabah mengapai jarak,
anak kecil belajar berjalan,
tapak demi tapak diambil perlahan.

penghujung dunia mungkin dah sampai,
dasar lautan mungkin dah gapai,
walau jauh mata memandang liku jalan,
selekoh simpang dilupa jangan,
penghujung jalan bukan penghujung perjalanan.

merantau jauh anak desa,
jauh merantau ayah ibu jangan dilupa,
siapa kata hidup sendiri,
ramai menanti sapa kanan dan kiri.

fikiran runsing akal berputar,
tubuh kaku mata meliar,
lapangkan minda mata hati dibuka,
dikesal jangan memori ditempa.

renung2kan dan selamat beramal.. hehehe

nukilan ini adalah sekuel kepada penghujung jalan......... siapakah gerangan anak rantau?

Friday, July 29, 2011

Diari Cinta: Episod Lima.........

Wahai diariku,
kenapa ada tikanya cinta itu hanya berdaya bersarang dalam hati. Tiada upaya untuk dibicarakan.

4 Julai 2011, 9.09 malam....
Ku tunggu, kau ku tunggu.
Ku nanti, kau ku nanti.

4 Julai 2011, 9.28 malam....
Jalan hidup kita berbeda,
Aku hanya pencinta yang tiada keberaniannya.

6 Julai 2011, 6.36 pagi.....
Khilafku kerna mencintaimu.
Silapku kerana tidak meluahkan padamu seawal dulu.

6 Julai 2011, 8.25 pagi...
Aku diperbodohkan oleh harapan palsumu padaku.
Namun, cintaku padamu tetap benar.

6 Julai 2011, 10.32 pagi......
Ku terluka kerna ku cinta.
Ku menangis mengenang cinta nan tragis.

6 Julai 2011, 4.23 petang....
Betapa kau ku cinta, kau akan ku jaga.

7 Julai 2011, 7.42 pagi....
Gugusan rindu itu ku lontar jauh, biar ku tahu aku telah berputus-asa.

7 Julai 2011, 10.14 malam....
Hati wanita begitu sukar tuk diselami apatah lagi andai si dia pernah dilukai.

8 Julai 2011, 6.10 pagi...
Ku ratap cintamu dalam sepi, ku angan hatimu dalam mimpi.

8 Julai 2011, 8.12 pagi....
Ku sampaikan pesan pada sang bayu agar dikau bahagia selalu.
Namun, kau pergi tanpa pesanan, tinggalkan aku tidak keruan.

8 Julai 2011, 11.46 malam....
Ku intai cinta dalam rahsia.
Harap dia mengerti.
Andai tidak, terluka hati.

9 Julai 2011, 6.30 pagi.....
Lamunanku padamu sebenarnya menerjah ke hadapan masa depan.

11 Julai 2011, 11.31 malam.....
Gerimis hati mengundang resah tatkala luka kian parah. Lantas aku kini pasrah.

12 Julai 2011, 7.37 petang......
Kali ini aku nekad,
hati ini aku pasti.
Aku harus melupakanmu,
dan memilih dia yang setia menantiku sejak dari dulu.

12 Julai 2011, 8.33 malam...
Ku simpan rindu di hati,
gelisah tak menentu.

13 Julai 2011, 6.43 petang.....
Cintaku cinta di dalam hati,
mengagumi tanpa dicintai.

16 Julai 2011, 10.14 malam......
Aku baginya bukan sesiapa,
hadirku tidak membawa sebarang makna,
lantas biarkan ku pergi bersama cinta,
berkelana dengan harapan binasa.

17 Julai 2011, 9.08 pagi.....
Maafkan daku kerna mendambakan kekasih hatimu.

17 Julai 2011, 8.17 malam......
Cintaku sememangnya dari dulu adalah untukmu,
namun cintamu tak pernah bersemi untuk ku.

17 Julai 2011, 11.04 malam......
Ku semat rindu di hati,
ku panjat doa di sanubari,
agar kau bahagia setiap hari,
tak mengapa walau ku bersedih,
menanggung kedukaan yang pedih.

19 Julai 2011, 10.43 malam.....
Aku peraih simpati cinta si dia.

20 Julai 2011, 8.58 malam.....
Aku menaruh harapan,
aku pendam perasaan,
hanya untukmu insan tersayang.

27 Julai 2011, 2.10 pagi.....
Ku semai rindu buatmu walhal dikau tak pernah lakukan itu untukku.

30 Julai 2011, 4.26 petang.....
Mulai saat ini, aku belajar untuk tidak dicintai,
ku mula mengerti betapa aku harus membawa diri.


* nukilan seorang jejaka tabah bernama SJP.............