Thank You!!!

Friday, February 25, 2011

luahan hati



saya rindu kamu..... ini bicara yang benar.... pernahkah kamu rindu akan saya?


saya rindu kamu dan kerana itulah saya cintakan kamu. Saya cintakan kamu dengan sepenuh perasaan. Saya ikhlas. Kamu? Saya tahu kamu tidak pernah mencintai diri saya sebagaimana saya mencintai diri kamu. Sedihkan? Tetapi inilah hakikatnya...



Saya gugurkan satu-persatu kelopak bunga ini dalam kebingungan, tertanya-tanya sama ada adakah peluang untuk saya bersama kamu? Kelopak terakhir memberi jawapan yang menyedihkan. Saya masih mahu berharap kerana saya cintakan kamu. Hari-hari saya memikirkan diri kamu...


Pernah saya gubah sebuah lagau khas untuk kamu tetapi tidak pernah saya lagukan padamu. Lagu ini khas untuk kamu. Hanya untuk kamu. Mungkin kamu tidak akan mempunyai peluang untuk dengarkan lagu ini. Tetapi, ketahuilah bahawa lagu cinta ini adalah lagu kamu, lagu kita berdua...
Bercinta saya dalam diam, bermadah saya dalam sepi. Sungguh klise tapi amat benar...



Saya hulurkan hati saya tetapi tidak kamu terima. Saya hulurkan cinta saya tetapi kamu menolaknya. Saya hulurkan tangan saya tetapi kamu tepisnya. Ternyata benar sekali madah kelopak bunga. Saya dan kamu tidak ditakdirkan untuk bersama. Haruskah saya redha dan pasrah menerima takdir yang telah ditetapkan si kelopak bunga?


Cinta ini saya simpan dalam hati agar sentiasa dapat merasakan kehadiran dirimu disisi saya. Kerana takut akan perginya cinta ini, saya hapuskan segala perasaan yang pernah wujud dalam diri saya. Saya mahu hati ini hanya untuk kamu. Saya mahu kamu seorang sahaja yang memiliki hati ini. Sesungguhnya, kamulah pemilik hati ini.



No comments:

Post a Comment