Thank You!!!

Tuesday, June 19, 2012

Ceritera Bergambar Seorang Guru Pelatih: Gelagat As Syabab



Inilah gelagat anak-anak buah saya.... C.O.M.E.L!!!!!!!!!!!
 (As Syabab ialah pasukan nasyid Sekolah Kebangsaan Tapang, Kota Bharu, Kelantan Darul Naim)



Malu-malu kucing...
Malu sangat yea....

Bagi je "time-out", dorang akan meluru ke arah percussion... alahai...

Jangan kacau kami!

Kerusi menggantikan meja bila dah lapar sangat... kesian...

Buat ape tu?

Tolong jangan ambik gambar kami! haha

Amboi... amboi!

Jelingan yang tajam.. Kenapa? Kenapa?

Malunya dia...

Teacher nak ikut!

Jangan pandangku sebelah mata... lalalala
Kenapa tu? Ape nasihat yang sedang diberikan?
Sila jangan tertipu dengan senyuman manisnya. Hatinya sedang berdegup kencang sebab sedang tunggu giliran nak naik pentas.

Bermonolog,"Cepatlah.... bila giliran kami?? Cepatlah....."


Wink! Wink! Wink!

Sempat juga nak bagi "Peace"....

Cikgu, nak main Angry Bird! (dalam usaha memujuk cikgu Anis)
Sedang gigih melukis gambar teacher Chew katanya.... Agak-agak, ape hasilnya? Hmm... Mari kita tunggu dan lihat.
Ini hasilnya... Aik! Sejak bila rambut teacher kerinting??

Erm.... Macam dah salah je lukisan ni... Rupa cikgu Anis macam ni ke?

TEACHER, I LOVE YOU! auwwwwwww!

Saya budak macho.... 
Nampak kamera je, mesti tutup muka.

Jangan ambik gambar saya... Saya malu teacher....

Korang kacau cikgu Anis eh??!!

Bila teacher dan anak murid BOSAN menunggu


Untungkan.... Teacher belanja makan nasi ulam...

Burp! Kenyang sudah....
Bila giliran saya pula?
Saya tak buat apa-apa... Saya tak bersalah..... :(
Nak bola warna merah juga sebab sama warna macam baju....


Tengok score board yea? Tak payah tengok pun tak pe sebab juara game bowling ialah teacher!

Bye-bye! Jumpa lagi pada masa yang akan datang....












My Nasyid Team: AS SYABAB....



"Kalau awak nak jadi seorang guru Muzik yang berjaya, awak kena sentiasa berusaha dan jangan sesekali mengalah atau takut untuk mencuba sesuatu yang baru. Anggap ianya sebagai satu cabaran buat diri awak" - En Kamaruddin bin Yusoff, IPG KKB

"You are a GREAT teacher Sook Wei" - Mr Mohd Iskandar Daud, IPG KKB

"Tahniah awak semakin berubah dan matang. Teruskan melakukan anjakan perubahan utk menjadi seorang guru cemerlang." - En Azizi, IPG KKB

As Syabab
Sebelum saya mengorak langkah menutur bicara dengan lebih lanjut , saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada En. Kamaruddin Yusoff, Mr Mohd Iskandar Daud dan En Azizi atas nasihat dan dorongan yang mereka berikan. Mereka merupakan pensyarah saya di IPG KKB yang senantiasa memberikan sokongan dan dorongan kepada saya.  Kata-kata semangat dan nasihat yang diberikan menjadi pegangan dan pembakar semangat kepada saya untuk terus maju ke hadapan. Terima kasih sekali lagi.

Semasa menjalani sesi praktikum fasa tiga di Sekolah Kebangsaan Tapang, saya dan "praktikum-mate" saya telah ditugaskan oleh Guru Besar sekolah ini untuk membantu guru sekolah membimbing pasukan nasyid sekolah ini, pasukan As Syabab. Tidak dinafikan yang saya sememangnya agak gementar dan berasa ragu-ragu kerana bimbang tidak dapat memberikan yang terbaik. Terima kasih atas kegigihan guru-guru dan ahli-ahli nasyid yang senantiasa memberikan komitmen 100%. Anis Huda (praktikum-mate saya), terima kasih! Pengalaman membimbing pasukan nasyid ini merupakan pengalaman paling manis dan merupakan kenangan yang paling indah. Segala penat lelah membimbing ahli-ahli pasukan ini akan hilang setiap kali mereka memberikan senyuman ikhlas yang datangnya dari hati yang suci dan wajah yang mulus senantiasa menenangkan segala kekusutan yang bersarang di minda. Gelagat comel dan kenakalan ahli-ahli pasukan ini sentiasa berjaya memukau hati saya. Kata-kata tidak mungkin boleh menceritakan segala-segalanya yang telah berlaku. Kadang-kadang, gambar-gambar foto boleh memberikan penceritaan dan gambaran yang lebih baik tentang apa yang telah berlaku.
Latihan nasyid -  khusyuk mendengar nyanyian ustazah

Penyanyi utama As Syabab



Bersama Cikgu Anis Huda
Bersama saya...... :)
Upacara penyampaian hadiah bagi Pertandingan Nasyid Sekolah-sekolah Rendah Pengkalan Chepa- Tempat kedua

Penyanyi solo terbaik! Tahniah!

Memenangi tempat ketiga dalam pertandingan nasyid Majlis Agama Islam Kelantan

Rakan seperjuangan yang turut membimbing pasukan nasyid sekolah masing-masing

Ucapan tahniah daripada guru sekolah

 

Thursday, February 2, 2012

human without shadow


i have always wondered
why am i the invisible one
or am i a human without a shadow.....??

Once, i have even hid at the corner of the room thinking that if i am invisible, i do better vanish and the world will be a better place for others to live in. That was what i have in my mind at that time. I started making foolish plans to vanish. This was of course years back when i was in my adolescent years. Not only was i a fool but also a very naive teenager. I fall in and out of love only to realise that none of it was love but crushes instead. The feeling came and left before i knew it. To tell the truth, i have never been in love. Not till recently. Not till 2010. Not till then. But it was the same. I started to feel invisible again. Why do i start to feel invisible? I was ignored at times. It was not his fault though. He doesn't have any feelings for me and he loves another person. She is someone very precious. But i have always loved him and will do for the rest of my life. Sometimes, i wondered why did i fall for him in the first place. was it his personality or was it his appearance? Could it be the interests we both shared? I have never wanted love so badly till he came into my life. Because of him, i did things i never do for others. Because of him i cried. Tears flow because i know love wasn't meant for us. I do not want to know what sadness is nor do i want to know what sorrow is but i cried. I have lived through tears everyday. How am i supposed to forget you? How am i supposed to erase you from my mind? Should i say i am sorry i couldn't forget you? Or should i just stay loving you and yearn for you? Believe me, if i ever meet someone new, he will never be you. There will never be a person like you. You can let this love be unspoken. You can keep me in the dark. You can make me feel invisible without you knowing it. You can make me feel unwanted without you knowing it. and i will continue to live lika a human without a shadow.

Saturday, October 29, 2011

dari jendela hati ini....


dari jendala hati ini,
dari kaca mata ini,
kaulah insan paling istimewa,
kaulah insan yang paling bermakna.

dari jendela hati ini,
aku memohon maaf,
kerna aku tidak sempurna,
kerna aku tidak seperti dirinya,
yang kau dambakan selama ini.

dari jendela hati ini,
aku memohon kau bukakan hati,
untuk menerima segala kekuranganku,
untuk menerima aku seadanya.

*aku hanya bisa berbicara dari jendela hati. Aku terima segala kekuranganmu hingga lebihmu. Semoga kamu akan mengerti suatu hari nanti.

Saturday, October 1, 2011

teman, sahabat, kawan, rakan.....


Teman? Sahabat? Kawan? Rakan?

Keempat-empat "istilah" di atas ini sebenarnya sama sahaja. Berbeza hanya pada penggunaannya dalam suatu frasa, suatu ayat. Kenapa tidak sama bila kesemuanya membawa satu erti yang sungguh bermakna dalam diri setiap insan? Tidak perlu saya huraikan dengan spesifik kerana ertinya telah kita ketahui dan telah kita rasai dalam kehidupan seharian kita.
Bacalah cerita pendek yang saya sertakan sekiranya masih ada yang tidak memahami dan mengerti maksud istilah teman, sahabat, kawan mahupun rakan......

"Dua orang teman berjalan menuju ke arah buaian yang terletak jauh nun di sana tanpa sebarang kata, hanya memegang erat tangan masing-masing. Juga tanpa sebarang kata tetapi dengan senyuman yang terukir indah dibibir, seorang teman duduk di atas buaian manakala seorang lagi membuainya. Tanpa sebarang kata tetapi dengan hanya memandang ke dalam mata masing-masing, kedua-dua teman menukar giliran. Setelah merasakan bahawa masanya sudah tiba untuk pulang, kedua-dua teman tersebut menggenggam erat tangan masing-masing dan berjalan pulang dengan hati yang riang, juga tanpa sebarang kata. Setibanya di rumah masing-masing, kedua-dua teman tersebut meleraikan genggaman tangan, memandang ke dalam mata masing-masing, mengukir senyuman dibibir dan melambai kepada satu sama lain. Ini juga berlaku tanpa pertuturan kata tetapi dalam hati masing-masing, terbit perasaan kasih dan sayang terhadap teman masing-masing."

Maksud tersirat yang ingin saya sampaikan kepada anda semua adalah untaian kata tidak merupakan kewajipan sekiranya kita ingin menyatakan betapa bersyukurnya kita terhadap teman kita. Sebaliknya, keikhlasan kita berkawan dan betapa bersyukurnya kita dikurniakan dengan teman yang baik akan menyerlah menerusi pandangan mata, senyuman, persefahaman dan yang paling penting hati kita.

"Selamat Berkawan"


Diari Cinta: Episod Tujuh.........


Wahai diari,
Kau pengubat rindu dikala aku dihanyut malam nan gelap. Hadirnya dirimu memberikan memori indah, membelai jiwa sepi ini. Tika dedaunan berguguran dan dahan kerapuhan, kau hadirkan bunga-bunga cinta...

3 September 2011, 12.45 pagi.....
Love ends when you stop hoping.

3 September 2011, 8.15 pagi......
Love is alive when you keep hoping.

4 September 2011, 10.35 malam....
Suatu hari kau kan mengerti siapa yang paling mencintai.

5 September 2011, 12.26 pagi......
I love her for no reasons. I will not leave her unless I have million reasons.

5 September 2011, 5,52 petang.....
Kita bersua untuk berduka.

5 September 2011, 9.08 malam....
Rinduku umpama pantai tak bertepi namun sayangnyatak bersahut dek insan yang disayangi.... Inilah kisah hidupku.

6 September 2011, 1.09 petang....
Awan berarak mega tatkala cinta semakin sirna.

8 September 2011, 11.45 pagi......
Aku mencari cinta walhal ia sudah di depan mata.
Aku menjejak kasih walhal ada insan yang tak pernah menyisih.

Butanya naluriku, tak menghargai insan yang mengagumiku.

9 September 2011, 9.34 malam.....
Apakah wujud definisi cinta yang salah? kerna mencintaimu bukan suatu khilaf.

10 September 2011, 12.22 tengah hari......
Suratan tuhan kita di sini, menukil crita tentang kita.
Dan di setiap helaian nafas cerita ini, dibawa bersamanya takdir fitrah terindah.
Lantas walau kau tiada disisi, ku tetap dapat rasakan kewujudanmu dalam sanubari ini.

10 September 2011, 4.11 petang.....
She's the one that stole my heart and doesn't want to return it.

14 September 2011, 7.20 petang.....
Dalam gelora syahdu, ku harap dikau hadir mengubat rindu.

16 September 2011, 6.oo petang......
Entah bila kan ku merindu pada yang sudi dan memberi cinta pada yang pasti. Akan ku nanti.

26 September 2011, 7.51 pagi.......

Biar senyum terukir di bibir, tak siapa menduga ku sedang menderita.

26 September 2011, 10.10 pagi.....

Tinggalkan aku, bila itu bisa membuatkan kau bahagia.
Lupakan aku, bila itu adalah yang terbaik buatmu.
Biarkan ku tahu, aku tiada makna dalam hidupmu.


28 September 2011, 6.03 petang......
Dalam + gelora + sepi + kuharap + kau + hadir + meniup + irama + simfoni + seruling + agar + hatiku +tak + lagi + sunyi.

29 September 2011, 8.14 malam.....

Akhirnya aku pasrah, Aku padanya bukan sesiapa.

30 September 2011, 5.55 petang....
Ku damba mawar yang tak pudar warnanya walhalku kumbang nan lemah patah pula sayapnya.


*Nukilan yang indah bahasa ini merupakan nukilan hati seorang jejaka bernama SJP.

Thursday, September 15, 2011

ceritera bergambar seorang guru pelatih......


Mari kita dengar ceritera seorang guru pelatih mengenai kehidupannya sebagai seorang guru pelatih selama dua bulan bermula 3 Jun 2011 sehingga 25 Ogos 2011...


Semuanya bermula di Sekolah Kebangsaan Demit 2, Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan Darul Naim....


Ini menunjukkan betapa sibuknya seorang insan bergelar guru....


Nak buat Alat Bantu Mengajar kan..........


Buku ini untuk menghilangkan rasa mengantuk pada waktu pagi....


Baca novel pun best time bosan-bosan ni....

Kaler-kaler bila dah bosan.... Kononnya nak tunjuk yang teacher dorang ni sorang yang kreatif.

Mewarna menghilangkan segala rasa bosan yang bersarang di jiwa.....


Layan lagu bila berasa bosan di Bilik Guru dan tika berasa tension nak tulis Rancangan Pengajaran Harian.


Terima kasih Afaf. Teacher akan makan sampai habis walaupun teacher tak suka coklat.


Ni kad raya a.k.a kad perpisahan yang student bagi.. Ada yang siap menangis tapi cover. Janganlah nangis. Kalu tidak, teacher pun akan turut menangis.


Kata budak," Inilah teacher chew!" Sangat sweet



Inilah adriana aisyah yang menjadi kesayangan saya. Cantik, manis dan bijak. Pakej lengakap!


Si cantik lagi manis. Teacher paling rindu adriana. Teacher paling berat nak lepaskan adriana pada hari terakhir teacher praktikal.


Yea, yea, yea.... Korang memang handsome. Kalau teacher tak kata korang handsome, korang tak akan lepaskan kamera teacher.........


Korang ni dah besar.. Rajin-rajinlah belajar yea.... Jangan selalu mesej ngan teacher je...


Kenapa korang tiba-tiba peluk teacher? Teacher rasa sedih dan terharu. Nasib baik teacher dapat kawal sendu teacher.


Teacher sayang sangat pada korang semua....... Entah bila lagi boleh teacher jumpa korang, teacher pun tak taw? Teacher tak berani nak janji. Nanti kalau teacher dah janji tapi tak dapat tunaikan janji teacher, korang mesti kecewa........ Maafkan teacher, sayang-sayang sekalian...

Kami nak "post" comey jap.........